Memetik laporan Mstar, pemilik nama sebenar Mohammad Syafiq Abdillah Soony juga tahu adakala penampilannya di atas pentas kurang sesuai dengan imej diri.
"Mula-mula memang terasa hati dengan komen itu tapi apabila difikirkan semula, ia hanyalah sebuah pertandingan dan saya hanya ingin berikan yang terbaik.
"Saya akui, ada penampilan yang kurang sesuai tetapi team wardrobe sudah lakukan yang terbaik. Menarik juga untuk tahu apa yang dia fikirkan mengenai penampilan saya," katanya.
Melihat dari sudut positif, kata Syafiq, dengan penampilan pelik sebegitu mungkin ia membantu agar orang akan mengingatinya.
Perjalanan Syafiq bagaimanapun terhenti pada minggu keenam Big Stage iaitu pada Ahad lalu selepas tersingkir gara-gara meraih undian rendah.
Pun begitu, pemuda berusia 23 tahun itu tidak kecewa dengan keputusan berkenaan dan bangga kerana mampu bertahan sehingga minggu keenam. -CARI