CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Rezeki Dia Mencurah-curah" - Ibu Doa Kak Long 7E Dapat Harumkan Nama Negara

15-3-2022 06:07 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 16767| Komen: 139|Original author: LilRose

Saban hari, semakin kerap nama Wan Nor Baizura atau lebih dikenali sebagai Kak Long 7E lebih-lebih lagi apabila diundang ke stesen TV Al Hijrah.

Wanita asal Terengganu berusia 34 tahun itu mengakui sedar dirinya, pihak produksi serta Pencetus Ummah (PU) Amin selaku pengacara rancangan dihujani kecaman.


Kredit foto: Twitter

"Saya terharu bila dijemput. Sebelum ini, saya dah rasa kecewa dengan kecaman berterusan, saya fikir rezeki saya akan tersekat. Tapi, Allah uji saya macam ni pun, rezeki tak putus.

"Sudah-sudah kecam saya, TV Al Hijrah dan PU Amin. Saya nak hidup bebas. Kes dengan 7Eleven pun dah berakhir.


"Tak lama lagi dah nak puasa. Saya tak nak baca kecaman bila dah dekat nak puasa. Saya nak jalani hidup normal. Saya kena berniaga dan teruskan hidup dengan suami serta anak-anak. Kesian anak-anak saya," ujar Kak Long.


Kredit foto: TikTok

Akuinya, dia sudah penat dicemuh. Namun, sempat juga Kak Long berseloroh mengatakan risau suatu hari nanti mereka yang tidak putus mengecamnya jadi sayang pula kepadanya.

Sementara itu, ibunya yang dikenali sebagai Kamsah Haizam, 54, turut menyeru agar orang ramai berhenti mengecam anaknya memandangkan kekecohan tercetus sebelum ini sudah lama selesai.

"Nak kata sedih, makcik tak sedih. Tapi Kak Long ni dia jenis tak pandai simpan benda-benda yang berlaku. Kalau ada masalah, dia akan terus selesaikan. Bila simpan, dia akan sakit kepala, sebab itu dia luah.

"Makcik faham perasaan dia. Dia ibu, makcik pun ibu. Makcik sendiri pun dapat banyak mesej lepas video Kak Long viral. Hal dah selesai, kenapa nak kecam?

"Masing-masing ada keluarga. Begitu juga Kak Long. Kesian, banyak benda dia nak kena uruskan. Tak apalah, makcik nak ucap terima kasih kepada sesiapa yang memahami. Yang kecam tu, selagi ada tangan dan mulut, biarlah mereka. Rezeki Kak Long mencurah-curah," ujarnya.


Kredit foto: mStar

Dia juga beranggapan tidak salah untuk anaknya itu muncul dalam mana-mana rancangan TV.

"Masuk TV pun orang kecam lagi. Mestilah pihak mereka dah selidik dulu sebelum panggil Kak Long. Itu rezeki dia. Kak Long pun nak betulkan keadaan, dia pun ada masa depan.

"Makcik tahu Kak Long berbakat. Makcik doakan agar dia dapat mengharumkan nama negara suatu hari nanti," ujarnya mengakhiri bicara.

Mungkin orang ramai akan berhenti mengecam bila Kak Long dah harumkan nama negara suatu hari nanti. Mungkin ke? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freesia71 15-3-2022 06:13 PM
Bodohnya tv alhijrah bagi limelight kat orang perangai buruk ni.
Quote Skuau 15-3-2022 06:15 PM
bila kena kecam tu....'REZEKI'.....entah la labu....
Quote riena3321 15-3-2022 06:15 PM
nk harumkan negara celah mana
Quote helle 15-3-2022 06:17 PM
Satu keturunan sampah
Quote Skuau 15-3-2022 06:25 PM
sumpahan ikang asdan...
Quote dodolgemok 15-3-2022 06:29 PM
Haruman celah bedah dia jah mampu kot, dgan mulut kejinya sentiasa berzikir cacian
Quote amyza82 15-3-2022 06:30 PM
Lagi busuk dari tv3 suku al hijrah ni.
OK lepas ni sape nak glamour walau muka macam tenuk, sila buat perangai tak molek.
Vida miskin in da making
Quote krustykrab 15-3-2022 06:42 PM
Berbakat dalam perangai hudoh dan bakal memburukkan nama negara tak lama lagi
Quote wikedsaikel 15-3-2022 06:58 PM
Tengok muka laki dia. Tak nampak pon.
Quote laksmanabentan 15-3-2022 07:13 PM
apa lagi...

lepas ni semua sampah2 yang buat content bodoh tu...
jemput la kat tv al-hijrah tu buat bagi penjelasan segala....

hahahahaha..... tv pun jadi tv sampah....


Quote namieamuro 15-3-2022 07:26 PM
sblm nk harumkan negara, pegi harumkan keluarga kau dulu la.
Quote Belibis 15-3-2022 07:30 PM
riena3321 replied at 15-3-2022 06:15 PM
nk harumkan negara celah mana

Mungkin olimpik adakan pertandingan maki hamun??
Quote sang_kuriang 15-3-2022 07:38 PM
Berbakat? Bakat apa tu
Quote noor2 15-3-2022 07:39 PM
Bodohnya....org biadap di puja...puihhh
Quote dani-rox 15-3-2022 07:45 PM
rancangan tv bukan tempat ko nak trauma dumping, explain perangai taik ko dgn org ramai. nak berubah jd baik pergi jumpa kaunseling ke apa, anak tu pon patut jumpa pakar terapi jugak. biol punya family
Quote luvly_snow8608 15-3-2022 07:46 PM
kalo maksud makcik berbakat maki orang yang tu memang dah terbukti. semoga berjaya deh kak long. kekekekeke
Quote asfaz 15-3-2022 07:51 PM
Harumkan negara?? Mimpi la kau makcik. Anak cucu mulut celupar. Ehh ada baca aritu maknya pun sama kan?  patut la
Quote eyansss 15-3-2022 07:51 PM
dari nenek sampai ke mak enabler…  habis la cucu2 rosak…  yang netizen + tv + pu tu pin bengap…  giving limelight to a wrong person…  tu yang masyarakat makin rosak!
Quote ashilalat 15-3-2022 07:52 PM
Oink oink la kau ni. Semak je.

Lihat semua komen(139)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.107760 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top