Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui teruja apabila lagu Nirmala nyanyiannya tular di TikTok selepas 20 tahun dilancarkan. Nirmala kembali tular selepas ia dipersembahkan sendiri penyanyi itu pada program Big Stage 2022 pada 6 Mac lalu. "Saya berkesempatan menonton beberapa video 'challenge' atau cabaran ini di TikTok dan tentunya ia sesuatu yang luar biasa bagi saya. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang sudah memperkenalkan lagu ini dengan cara begini.
"Pastinya saya teruja, bahagia dan terharu apabila Nirmala ada versi cabaran yang tersendiri dilakukan oleh penggemar TikTok, malah ada dalam kalangan selebriti luar negara juga seperti video nyanyian qasidah dan terkini, tarian Nirmala. "Sebagai rakyat Malaysia dan muzik itu adalah dari album tradisional saya, ini adalah antara cara pendedahan untuk saya dan kita memanfaatkan sosial media bagi memperkenalkan muzik kita ke luar negara," katanya kepada Harian Metro. Tambahnya, lagu yang dilancarkan pada 2002 hasil ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah dan lirik oleh Che' Kem itu bukan saja indah melodi dan liriknya, tetapi juga malar segar. "Saya akui bahawa Nirmala selalu saya persembahkan kerana ada ciri atau 'trademark' khas tarian terutamanya pada bahagian korus lagu ini tetapi pada waktu dulu tidak ada TikTok dan tentunya hari ini, lebih mudah dikenali kerana begitu banyak platform media sosial yang boleh memperkenalkannya," katanya.
|
zuriey replied at 15-3-2022 08:28 PM
Makin low class aku tgk tok ti ni..
zuriey replied at 15-3-2022 08:28 PM
Makin low class aku tgk tok ti ni..
Nozot replied at 15-3-2022 09:25 PM
Dia nie kan macam tak leh tengok orang lain lebih nak juga clout untuk tarik perhatian..yess memang ...
danieladam replied at 15-3-2022 09:31 PM
Penyanyi hebat ada ke yg pandai bagi komen? Syafinaz tu mmg la komentar hebat, tp nyanyi ke laut. ...
Nozot replied at 15-3-2022 09:43 PM
Ya, sebab itu kaka cakap dia boleh menyanyi sahaja, tak boleh jadi juri..ada ke banding dengan art ...
Nozot replied at 15-3-2022 09:43 PM
Ya, sebab itu kaka cakap dia boleh menyanyi sahaja, tak boleh jadi juri..ada ke banding dengan art ...
danieladam replied at 15-3-2022 09:31 PM
Penyanyi hebat ada ke yg pandai bagi komen? Syafinaz tu mmg la komentar hebat, tp nyanyi ke laut. ...
ADVERTISEMENT