CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Intan Najuwa Tak Nak Duit Dan Harta, Hanya Mahu Lelaki Yang Boleh Bagi Cinta Sejati

15-3-2022 05:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4268| Komen: 25

Memiliki cinta daripada seorang lelaki yang menerima diri seadanya merupakan impian setiap wa­nita termasuk pelakon jelita, Intan Najuwa.

Menurut Intan Najuwa, dia mahu lelaki yang menjadi pendampingnya kelak menerima dirinya yang sebenar bukannya sebagai selebriti dikenali ramai.

Namun, pemilik nama lengkap Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, itu enggan meletakkan sebarang sasaran dalam mana-mana hubungan cinta terutama daripada pasangan.

Foto: IG


“Perkara paling penting ialah tidak meletakkan jangkaan terhadap pasangan. Jangkaan hanyalah satu syarat untuk mencintai seseorang.


“Cinta sebenar tiada syarat. Saya hanya inginkan seseorang lelaki yang menerima dan melihat diri sebenar di sebalik kemasyhuran yang dimiliki,” katanya.



Selama ini, pelakon drama Bunga Hati itu juga tidak meletakkan sebarang syarat dalam setiap hubungannya.

“Sejujurnya, saya juga tidak kisah tentang material (harta benda). Cinta sejati susah untuk diraih, kita cuma boleh berharap untuk menemuinya sekali dalam hidup atau mungkin tidak akan dapat,” katanya lagi.



Perkara itu dikongsi selepas Intan Najuwa diajukan soalan oleh pengikut Instagramnya mengenai sasarannya dalam sebuah hubungan cinta.

Intan pernah digosipkan menjalin hubungan cinta de­ngan aktor kacak, Zul Ariffin selepas mereka digandingkan bersama dalam beberapa buah drama.



Pelakon cantik itu pernah menerima hadiah senaskhah al-Quran daripada Zul sempena ulang tahun kelahirannya ke-24 pada tahun lalu.

Zul bagaimanapun menjelaskan hadiah tersebut ha­nyalah pemberian daripadanya kepada seorang sahabat. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 15-3-2022 05:16 PM
Ok nanti aku suh jiran aku yg noreh tuu minang.. ko tolakkk siap
Quote Hoola 15-3-2022 05:21 PM
Ye ke, baguih lah
Quote wirazam 15-3-2022 06:01 PM
Muda, Kaya, Cantik, Pandai..mesti pasangannya hv hv juga ni... Tapi kalau kawin dgn kerani je mmg hot news sampai 7 Hari 7 mlm ni
Quote Pujangga22 15-3-2022 07:02 PM
betulah tu tak kesah....klu dpt biawak taulah ko
Quote ekselen 15-3-2022 07:05 PM
Poyo lah statement...takyahla nk mengarut ckp xde high expectation or x letak kriteria... Tu semua hanya di mulut je, di hati kalo boleh nk lelaki yg mampu bagi ko segala2 walaupun x kaya...tp berduit...syarat utama berduit kepuk2 sama cam rambut ko jgk
Quote anony-mous 15-3-2022 07:17 PM
Ex tunang pon pakai ferrari, xkan yg baru nk yg myvi? Kalau sheol sambung degree, tlg behave clssy sikit. Jgn nmpk bimbo dah
Quote BunyiMeow 15-3-2022 07:22 PM
Dia ni anak org have have ke? Sorry x knl sgt dia
Quote bankerpencen 15-3-2022 10:11 PM
Muka pinggan ni sembang lebat… kalau tak pandang harta, masakan pernah tunang dgn orang tua bawak kereta apa entah last time…  
Quote Tunan 15-3-2022 10:15 PM
BunyiMeow replied at 15-3-2022 07:22 PM
Dia ni anak org have have ke? Sorry x knl sgt dia

Ayah tiri dia have2
Doktor pakar ke apa tah .. tp vvip + politik juga la
Quote bungalisa 15-3-2022 10:33 PM
Kapel la dengan bird......
Quote aldinaa 15-3-2022 10:55 PM
memang la elok kalau tak materialistic.. tapi kena realistic dek...
Quote mamajawie 15-3-2022 11:47 PM
Poooodahhhhhh!!!!
Quote jasmeen 16-3-2022 12:02 AM
betulke cinta sejati hanya muncul sekali atau tak muncul?
Quote mendeluk 16-3-2022 12:38 AM
ekselen replied at 15-3-2022 07:05 PM
Poyo lah statement...takyahla nk mengarut ckp xde high expectation or x letak kriteria... Tu semua h ...

Haha….! Setuju. Tipuu lah kalau tak nak lelaki berduit at least yang mampu tanggung kita. Pidahhh. Macam kawan iols , “oh i tak nak lelaki kaya etc”. Tapi bila laki itu ngorat, kau nak juga.
Quote Carlos7 16-3-2022 05:39 AM
Yes, ye lah, sembang!
Quote makton 16-3-2022 07:29 AM
ye la tu mekkkkk.. sape je nak percaya statement ko kalau tak dibuktikan dulu
Quote adeqbun 16-3-2022 08:32 AM
yelah..smbil mntak hadiah henbet Dior dan minum kopi puluh2 ringgit secawan..
Quote cendawanbonyok 16-3-2022 09:50 AM
Tunan replied at 15-3-2022 10:15 PM
Ayah tiri dia have2
Doktor pakar ke apa tah .. tp vvip + politik juga la

pak tiri dia Dr azam Rauzan org kuat BN johor
Quote ekselen 16-3-2022 03:18 PM
Edited by ekselen at 16-3-2022 03:19 PM
mendeluk replied at 16-3-2022 12:38 AM
Haha….! Setuju. Tipuu lah kalau tak nak lelaki berduit at least yang mampu tanggung kita. Pidahhh ...


Kan...mcm bimbo jek statement...pebenda la dia kata nk org yg ikhlas cinta semata bla bla tanpa pndg kepuk2 dlm poket...poooodahhh...tnya la semua pompuan semua pun nk lelaki yg sekurg2nya berduit atau ada aset...nk org adore dia la tu..puihhhh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-10-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.154374 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top