Penyanyi dan pelakon kesayangan ramai, Siti Nordiana telah berangkat ke Mekah bagi menyempurnakan ibadah umrah.
Perkara itu dimaklumkan penyanyi yang mesra disapa dengan panggilan Nana itu menerusi Instagramnya, semalam. Nana tidak pergi berseorangan, sebaliknya ditemani anaknya, Muhammad Rayyan Nakhaie. Perkongsian tersebut mengundang reaksi netizen dan rakan artis yang menulis di ruangan komen. Antaranya seperti pelawak, Shuib Sepahtu, Alif Satar, Elizad Sharifuddin dan ramai lagi.
“Semoga Allah permudahkan segalanya. “Yang baik-baik semoga semuanya mudah,” tulis Shuib. Sumber: Utusan
|
Lula2 replied at 16-3-2022 04:39 PM
Seronok ada anak dah besar boleh teman.
Semoga tahun ni I pun dapat pegi tp itulah nak cari mahram n ...
ADVERTISEMENT