CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Terbuka Hati Saat Akhir, Reen Rahim Tunai Umrah Bersama Ibu Bapa

15-3-2022 11:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1620| Komen: 6|Original author: Tatod


Berangkat ke Mekah pada 4 Mac lalu untuk mengerjakan ibadah Umrah, aktres Reen Rahim sama sekali tidak menyangka dapat menjejakkan kaki di Tanah Suci itu bersama kedua orang tuanya.

Mengikut perancangan awal, Reen akan menghantar ibu bapanya di lapangan terbang sahaja namun terbuka hati untuk turut serta pada saat akhir.

Memetik laporan Mstar, wanita berusia 34 tahun itu bersyukur kerana segala persiapan serta urusan dipermudahkan.


"Kebetulan saya sedang bercuti panjang. Tiba-tiba, saya tergerak hati untuk sama-sama mengerjakan umrah bersama mereka. Perancangan Allah itu hebat.

"Allah susun gerak hati saya dengan baik. Dan sudah pasti saya sangat gembira dapat mengerjakan umrah buat pertama kali bersama kedua orang tua saya," katanya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Kak Su menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu tidak melepaskan peluang untuk berdoa memohon agar dilimpahkan rezeki.

Dia berhasrat untuk memberikan kesenangan kepada keluarganya dari hasil titik peluhnya sendiri.



"Saya memohon kepada Allah agar melimpahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dunia akhirat.

"Saya ingin memberikan kesenangan kepada ibu bapa. Biar mereka berehat di rumah sahaja," katanya. -CARI







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jebatmaspunyer 15-3-2022 12:09 PM
Beruntung nya dpt pi ke Tanah Suci. Jeles. Nk pi tp duit habis utk belanja & bayar hutang jer... huhuhuhuhuu
Quote ezacbee 15-3-2022 12:25 PM
Bila laa dapat pegi
Quote lasagna 15-3-2022 01:24 PM
jebatmaspunyer replied at 15-3-2022 12:09 PM
Beruntung nya dpt pi ke Tanah Suci. Jeles. Nk pi tp duit habis utk belanja & bayar hutang jer... huh ...

InsyaAllah.. ada rezki tu nanti. jgn trlalu fikir hal dunia yg tak akn abes ni. kalau nawaitu tu betul, dgn apa cara skali pun insyaAllah, akn menjadi tetamu Allah. iols pun baru lps pulang ujung bulan 2 aritu.
Quote bukannasigoreng 15-3-2022 01:38 PM
bestnya dapat ke sana
Quote Beribear 15-3-2022 02:46 PM
Iolsss baru balik, serius best. Cuba bayar duit muka.rm 500 gerenti akan sedaya upaya cari duit lain utk bayar selebihnya. Mmg Allah yg jemput kan tp kalau kita ada usaha mesti Allah makbulkan. Neway gambar reen kat atas tu kat thaif. Banyak kisah pahit Rasulullah kat situ, sedih sgt tp thaif paling best. Walaupon skrg panas tp kat thaif ada lg angin sejuk2 tu sikit. Iolss pon nak kumpul duit pergi lg
Quote lasagna 16-3-2022 10:05 AM
Edited by lasagna at 16-3-2022 10:09 AM
Beribear replied at 15-3-2022 02:46 PM
Iolsss baru balik, serius best. Cuba bayar duit muka.rm 500 gerenti akan sedaya upaya cari duit lain ...

Kan uols! best sgt pegi Haramain ni.. rasa nak pegi lagi dan lagi dan lagi.. MasyaAllah seronok sgt buat ibadat, tak fikir apa langsung masalah, smp hari apa pun dah lupa masa kat sana. touchdown Msia jer dah rindu. Masa ziarah kat Jabal Uhud tu dgr sejarah perang smp menitis air mata ya. InsyaAllah moga kita dijemput lagi. Aminnn.  


Yaa ni kat Thaif, even panas tapi angin sejukkkk.. masa smp sini kami memula tak dpt solat kat Masjid Abdullah bin Abbas, sambil2 dgr cerita sejarah kota Taif dari mutawif, tetiba masjid buka, alhamdullillah dapat laa juga solat kat situ.


Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.026704 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top