CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Daniel Chuer Terganggu Digelar Bella Hadid

15-3-2022 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4482| Komen: 29

Gara-gara komen juri yang melihatnya seperti 'Bella Hadid' pada konsert minggu kelima Big Stage 2022, penyanyi Danial Chuer mengakui perkara tersebut menganggu fikirannya.

Malah, menurut Danial atau nama sebenarnya Danial Chuer Hamasiah @ Samsudin, dia terpaksa berusaha lebih gigih bagi memastikan persembahan malam suku akhir Ahad lalu tidak disamakan dengan penyanyi asal.

Foto: IG


Danial yang membawakan lagu Hatinya Tak Tahan nyanyian asal Noraniza Idris berfikiran positif dan membuktikan dirinya tidak dibayangi mana-mana artis lain.

"Tipulah sebagai individu rasa tidak terganggu. Sebenarnya saya agak terganggu selepas beberapa hari orang asyik gelar saya 'Danial Hadid, Bella Hadid'.

"Saya tahu netizen mesti fikir bila saya dapat lagu Noraniza Idris mesti akan anggap saya akan jadi lagi seperti Bella Hadid lagi.

"Tapi selepas beberapa hari, saya anggap ia sekadar lawak. Saya ambil secara positif sebab saya cabar diri buktikan tanggapan orang itu salah," katanya kepada mStar.

Pada minggu lalu, Danial yang menyanyikan lagu Gila menerima komen panas daripada juri pedas Datuk Syafinaz Selamat yang menyamakan cara dia berjalan seperti model antarabangsa Bella Hadid.

Malah, Datuk Seri Siti Nurhaliza setuju dengan komen Syafinaz dan meminta Danial agar lebih maskulin pada persembahan akan datang.

Dalam pada itu, pada persembahan suku akhir, penyanyi berusia 21 tahun ini menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 91.6 peratus.

Malah, persembahan Danial turut menerima pujian daripada barisan juri tetap iaitu Ajai, Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz.

Dalam pada itu, Danial mengakui minggu suku akhir memberi cabaran kepadanya terutama dari segi lagu dan persepsi orang terhadapnya.

"Sangat mencabar minggu suku akhir. Benda yang saya fikir bila dapat lagu Hatinya Tak Tahan ini dari segi feminine. Saya tak nak digelar Danial Hadid lagi.

"Takut selepas ini, digelar Danial Idris pula. Memang memberi tekanan sebab lagu itu saya tak pernah menyanyi dan lagu Noraniza Idris itu juga antara yang susah.

"Orang kenal saya dengan lagu bergenre jazz, balada dan blues. Bila dapat tugas ini, saya fokus kepada vokal.

"Saya dapat step untuk menari pun pada petang, Sabtu. Hanya 24 jam saja untuk berlatih dan itu juga cabaran untuk saya," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shi_jewel 15-3-2022 11:12 AM
aaaaaaaaaaaaaa errrrmmmmmmmmmmmm i reserved my comment dulu nyah. apooola
Quote adeqbun 15-3-2022 11:19 AM
hhahahahahhahahahahah ye ye je aku klik nak tgk bella hadid wannabe...dh la posing melangkah ke dpn je yg die reti..
Quote cikatilia 15-3-2022 11:19 AM
what????
err err err what???
Quote Mini.Me 15-3-2022 11:31 AM
Edited by Mini.Me at 15-3-2022 11:33 AM

Bazirrr 5minit aku baca n scroll nak tengok tang mana bella hadid nyerrr
Quote Kurex 15-3-2022 11:34 AM
Suka la tu digelar bella hadid.. kalau iols, orang gelarkan iols yasmeen ghauri..
Quote prince_marhaen 15-3-2022 11:52 AM
terganggu ke kau fefeeling dik? hentikan la nyehhh...jangan nak memondan sangat kat stage..
Quote uori 15-3-2022 11:57 AM
dia nih lembam ke apa
Quote Hoola 15-3-2022 12:06 PM
Mcm bella hadid?
Itu sebrnya sindiran yg tajam.sila ambil mklum.
Quote bottompadu 15-3-2022 12:19 PM
nonok vibes
Quote bottompadu 15-3-2022 12:20 PM
Mini.Me replied at 15-3-2022 11:31 AM
Bazirrr 5minit aku baca n scroll nak tengok tang mana bella hadid nyerrr

Uols mengeja ke sampai 5 minit?
Quote Mini.Me 15-3-2022 01:00 PM
bottompadu replied at 15-3-2022 12:20 PM
Uols mengeja ke sampai 5 minit?

I ngeja nama bella hadid tu...konfius kot bella lain...atas bwh atas bwh i scroll nak cari tang mana bella nyerr
Quote TabletSusu 15-3-2022 01:17 PM
adeqbun replied at 15-3-2022 03:19 AM
hhahahahahhahahahahah ye ye je aku klik nak tgk bella hadid wannabe...dh la posing melangkah ke dpn  ...

dalam gambar aku tgk mcm melangkah ke tepi je semua tu.
sibbaiklah ko mengangkang sikit je nyah. jgn cuba2 ko pose menonggeng pulak lepas ni
Quote harkktuih 15-3-2022 01:17 PM
sorang self claim mcm tangmo, yg ni katanya mcm bella hadid..
Quote ninnamina 15-3-2022 01:30 PM
haha cuba bagitau celah mana yg sama
Quote lasagna 15-3-2022 01:36 PM
bella hadid? nonoks vibes ado lah!
Quote codenamedream 15-3-2022 02:10 PM
Bukan rupa heols yg disamakan dgn Bella Hadid, but the way he walk masa perform.

Tapi seriously rude sgt yg tegur heols mcm Bella Hadid on live show.
Quote AshkieLa 15-3-2022 02:17 PM
tak layan big stage...
bella hadid tangmano jugak ke....
Quote imransulaiman 15-3-2022 02:24 PM
Dia ni suka nyanyi lagu perempuan.

*aku harap dia tak masuk Cari baca komen...hehe
Quote supernaturalee 15-3-2022 02:59 PM
Die mmg blh hit high note
Tp x suka tone suara die yg kembang tu


Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.139828 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top