CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takut, Takut"- Shiha Zikir Menjerit-Jerit Masuk Kolam Renang, Dituduh Mengada-Ngada

15-3-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4973| Komen: 38

Kedengaran seperti mengada-ngada, namun penyanyi yang kini bergelar pelakon, Shiha Zikir mengakui dirinya fobia terhadap air kerana pernah mengalami peristiwa hampir lemas ketika kecil.


Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Shiha atau nama lengkapnya Nurshiha Mohd Zikir berkongsi sebuah video menunjukkan dia ketakutan ketika masuk ke dalam sebuah kolam renang kerana dihantui perasaan fobia.

Dakwa selebriti berusia 34 tahun itu, selain fobia kerana pernah hampir lemas di dalam air, dia juga diselubungi rasa takut kerana ‘percaya’ terdapat ikan jerung yang hendak memakannya ketika berada di dalam air.

Foto: IG

“Untuk yang minta video saya takut air, ini untuk anda (video). Jangan gelak! Rasa macam ada ikan jerung hendak makan saya. Selain itu rasa seperti ada hantu atau orang tengok (mengintai) di celahan lubang (pada tepi kolam),” katanya.

Ujar pelantun lagu Aewo itu, sejak kecil dia memang sudah mempunyai rasa fobia pada air kerana pernah beberapa kali berdepan dengan detik cemas apabila hampir lemas.



“Saya memang fobia dengan air sejak daripada kecil. Rupa-rupanya macam-macam kejadian berlaku melibatkan air sejak mak mengandungkan saya lagi.

“Saya pernah hampir lemas dalam baldi sewaktu kecil. Pernah juga hampir lemas ketika di laut. Sehingga sekarang takut air,” katanya.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, kelihatan Shiha sangat takut ketika turun ke dalam sebuah kolam sambil berkali-kali menjerit memanggil ibunya.




Sekadar info, fobia pada air atau aquaphobia merupakan sejenis ketakutan berlebihan oleh seseorang individu terhadap air.

Selalunya golongan aquaphobia ini takut pada air kerana pernah berdepan dengan pengalaman hampir lepas sehingga membuatkan diri mereka berasa trauma. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote she 15-3-2022 11:23 AM
Macik pun aquafob

Tapi macik ok aje g berkayak
Macik keje offshore kot bertahun
Lautan dalam ikan paus sipi taufan semua dah redah
Idok ler macik menjerit macam orang gila

Cuma macik tak boleh jatuh dalam air dalam
Bila terjatuh dalam air dalam tu terus dia rasa blank
Kaku tak bermaya macam redha lemas

Tak tahu ler orang lain gumana
Tapi benda ni tak perlu pun cerita kat orang
Tambah2 ekau retis
Esok2 senang je orang bunuh tohuk ekau dalam laut

Pelik je pangai ekau nak perhatian
Quote she 15-3-2022 11:28 AM
Dan lagi satu

Kalau aquafob ni dia takde mana nak sentuh hegeh2 masuk kolam renang sambil sengih2

Nama pun fobia
Quote Kurex 15-3-2022 11:54 AM
Iols takut tinggi
Quote slyfynx 15-3-2022 01:05 PM
Eh, aku penah hampir lemas and mmg takut air dalam.
Tp kalau org phobia ni die takut air lain mcm, esp kalau kaki dah x jejak ke bawah.
Ini lebih kepada mengada2.
Quote GegarVaganja 15-3-2022 01:19 PM
Ganja fobia tengok perempuan debab seperti DSV.
Memang jeritan boleh dengar sampai pusat proton kat Tanjung Malim la kalau ternampak DSV kat Padang Jawa, Shah Alam. Kalau Sherry Alhadad ok je.

Quote azimodin 15-3-2022 01:29 PM
Iouls takut laut dalam je. Even pergi aquaria pon fah peluh2. Dulu2 takut darah tapi bila dah mengandung kejap2 kena ambik darah, sekarang dah ok dah.. kalau x dulu asal luka lebih2 sikit je terus collapse. Tiberrr citer pasal fobia
Quote youell 15-3-2022 01:38 PM
GegarVaganja replied at 15-3-2022 01:19 PM
Ganja fobia tengok perempuan debab seperti DSV.
Memang jeritan boleh dengar sampai pusat proton kat  ...

Maknanya chuolls fobia DSV saje la..hahaha.. debab yg lain terkecuali..gittew
Quote siasia 15-3-2022 01:51 PM
Mcm rossa la
Quote makton 15-3-2022 01:59 PM
aku nampak mcm mengada2 je. takde makna fobia mcm ni
Quote GegarVaganja 15-3-2022 02:11 PM
youell replied at 15-3-2022 01:38 PM
Maknanya chuolls fobia DSV saje la..hahaha.. debab yg lain terkecuali..gittew

Oh ye la. Fobia dengan DSV.Ya ampun. Orang debab lain tak bersalah
Quote nazriatie 15-3-2022 03:11 PM
Iols plk takut dgn benda berbulu. Kalau kucing tu, musuh utama i kalau terpksa mkn kt kedai mkn, mmg lari sana lari sini jerit sana jerit sini la jwbnya. mmg x pernah aman makan kat luar. Pelapik kaki, karpet berbulu pun i x blh. Bear berbulusss pun x blh. Mmg diharamkan dlm hidup i
Quote innocent_me 15-3-2022 03:29 PM
nazriatie replied at 15-3-2022 03:11 PM
Iols plk takut dgn benda berbulu. Kalau kucing tu, musuh utama i kalau terpksa mkn kt kedai mkn,  ...

dibuatnya dapat laki pakistan yg berbulu payah chuols hahahah
Quote wirazam 15-3-2022 03:30 PM
Ini patut dikecam bertalu talu
Quote wirazam 15-3-2022 03:32 PM
nazriatie replied at 15-3-2022 03:11 PM
Iols plk takut dgn benda berbulu. Kalau kucing tu, musuh utama i kalau terpksa mkn kt kedai mkn,  ...

Dah kawin ke belum ni..
Quote Gianna111 15-3-2022 04:06 PM
innocent_me replied at 15-3-2022 03:29 PM
dibuatnya dapat laki pakistan yg berbulu payah chuols hahahah

hareeyyy nya you..
Quote jargon 16-3-2022 03:03 AM
Dia ni knp takde aura eh..knp aku nampak dia ni mcm man rajalawak versi pompuan..
Quote anony-mous 16-3-2022 03:18 AM
jargon replied at 16-3-2022 03:03 AM
Dia ni knp takde aura eh..knp aku nampak dia ni mcm man rajalawak versi pompuan..

Haha i masuk sbb nk komen pasal ni juga. Shiha ni buat la mcm mana pon tetap x ada aura. Lagu dia apa ye? Xtau lagu dia. Nak kata x lawa, x juga. Nk kata lawa, pon x. Biasa2. Tp Rossa yg muka iras dia, i terasa aura nya. Maybe some people x sesuai jd famous. Atau nama dia, xtau la. Padahal dia lama dlm industri & x silap iols, berkoyan2 pujian utk suara sheol, tp i yakin kalau lalu sebelah dia dekat tempat awam, sekelumit pon i xheran & x rasa nak bergambar. Nabila razali yg suara itik tu i rasa lg kuat aura nya
Quote Bholatchomel 16-3-2022 07:22 AM
anony-mous replied at 16-3-2022 03:18 AM
Haha i masuk sbb nk komen pasal ni juga. Shiha ni buat la mcm mana pon tetap x ada aura. Lagu dia  ...

Hahha setuju.. Nabila punya aura lagi kiat. Kesian dh lama dalam industri tp boom
Quote Bholatchomel 16-3-2022 07:26 AM
Aku seram kalo kena lalu jambatan atau jejantas. Terbayang jatuh. Aku akan lalu tgh dan jalan selaju yg blh nak berlari tak boleh sbb lutut ketar. Tp dalam bangunan tinggi elok je aku berdiri tepi tingkap ke intai bawah ke.. Opis aku lama dulu tingkat 32. Rumah aku pun tingkat 10. Pelik betul

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077450 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top