Walaupun Shakilla Khoriri dan Fizi Ali bukan lagi pasangan suami isteri namun masing-masing tahu tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada satu-satunya cahaya mata mereka, Ameena Sofia.
Keadaan Ameena yang disahkan positif virus Covid-19 tujuh hari lalu dan masih dalam tempoh kuarantin bagaimanapun sama sekali tidak menghalang Shakilla dan Fizi meraikan ulang tahun kelahiran yang ketiga buat puteri mereka.
Shakilla menerusi Instagram berkata, sambutan hari jadi Ameena sepatutnya diraikan bersama rakan-rakan kepada anaknya namun terpaksa dibatalkan kerana masalah kesihatannya.
"Allah nak kita sambut bertiga sebab itu Allah bagi kita sakit sikit. Tapi saya tahu awak gembira sebab awak nak tengok dua-dua kan?
"Semoga awal kuat dan jadi manusia yang baik. Baik luar dan dalam. Jadi manusia yang ramai orang sayang. Awak anak solehah dan anak yang akan buat Umi dan Daddy bangga," tulisnya.