"Tiada siapa pun yang ingin rasa hidup dalam lokap. Tetapi, di situlah saya belajar dekatkan diri pada Allah. Ketika itu, saya berdoa mohon bantuan kerana hanya Allah sahaja yang dapat membantu.
"Sebab itulah saya katakan ia kenangan manis untuk saya. Pengalaman itu sangat bermakna," katanya yang percaya ia adalah teguran daripada Allah untuk menjadi insan yang lebih baik.
Malahan, aktor berusia 30 tahun itu juga tidak menyalahkan mahu pun menyimpan dendam terhadap mana-mana individu yang melaporkan kegiatannya sehingga tertangkap.
Katanya, andai saja individu berkenaan tidak membuat laporan polis mungkin sehingga ke hari ini dia tidak akan pernah sedar akan kesilapannya.