CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iqbal Zulkefli Hanya Mahu Maid Umur 40 Tahun Ke Atas, "Ambil Yang Muda Nanti Dia Jatuh Hati Dengan Saya"

14-3-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5732| Komen: 56

Takut jika ada wanita yang mudah jatuh hati dengannya, usahawan dan pelakon Ahmad Iqbal Zulkefli meletakkan syarat mencari pembantu rumah berusia 40 tahun ke atas.


Mengakui pernah melalui pengalaman itu, Iqbal, 28, berkata dia lebih berhati-hati untuk memilih orang untuk bekerja dengannya.


Foto: IG

“Pernah sebelum ini orang yang bekerja dengan saya menyimpan persaan terhadap saya.

“Jadi saya tidak mahu perkara begitu terjadi lagi. Sebab itu saya tetapkan syarat tertentu untuk memilih calon menjadi pembantu rumah.

“Saya juga tidak mahu mengambil pekerja yang terlalu muda kerana bimbang mereka masih suka enjoy dan mengabaikan kerja-kerja rumah,” katanya ketika dihubungi mStar.


Terdahulu Iqbal menjawab persoalan di IG story berkaitan kriteria pembantu rumah yang dicari selepas dia membuka ruang untuk jawatan kosong pembantu rumah.

“Syarat umur 40 tahun ke atas. Alasannya saya tidak mahu lagi ada isu melibatkan perasaan.

“Pembantu semua akan tinggal serumah dengan saya. Saya bujang dan tinggal sendirian,” tulisnya.



Sementara itu Iqbal turut memberitahu jadual kerja yang semakin sibuk menyebabkan dia tergerak hati mengambil khidmat pembantu rumah secara tetap.

Katanya ia bagi memudahkan urusan di rumah dan dalam masa sama boleh menjimatkan perbelanjaan kerana sebelum ini dia sering makan di luar.


“Disebabkan terlalu sibuk sehingga tidak ada masa hendak uruskan diri sendiri, saya rasa perlu mengambil khidmat pembantu rumah.

“Selain itu boleh juga jimatkan perbelanjaan makan. Tak perlu lagi makan di luar. Lebih senang apabila balik kerja semuanya sudah terhidang,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 14-3-2022 05:28 PM
Semestinya
Quote Normabaru 14-3-2022 05:40 PM
Mod tolong buat BOD baru

Tajuk bod Pata Timo

boleh rotate cerita jah,bini jah,dsv,kebal ramos kepok2 ni,family jah pastu cite abe Jo dgn ma then ungkasha pastu family ungkasha pastu sambung makembong,family makembong sajm

Tolong pertimbangkan sebab ianya SANGAT RELEVANT DGN ISU SAMPAH
Quote jerukkedondong 14-3-2022 05:42 PM
Korok mu keba..gi mapoh ah
Quote Perawankota 14-3-2022 06:45 PM
Balerrrr laaa mamat ni.. Buke dulu mu ke Kate nok nikoh denge tok vida
Quote holothurian 14-3-2022 07:12 PM
yakinnya kamuuuuu
Quote sweetyroses 14-3-2022 07:18 PM
Eiiiiiii euuuuuuu eiiiiiii euuuuu
Quote Dolmat 14-3-2022 08:04 PM
UNDUR DIRI....? MU BUAT LAGU KAMBUS DIRI  LAGI BAIK! LENYAP TERUS BUAT SEMAK AJE DALAM INDUSTRY!
Quote alieyrina 14-3-2022 08:06 PM
Lawak pertama yg menjadi utk tahun 2022. Punchline pun jituuu baq angg
Quote Hoola 14-3-2022 08:08 PM
...........................................................
Quote buapakperut 14-3-2022 08:54 PM
Bukan chouls berpacaran dengan clown bidah ke
Quote annadonna 14-3-2022 08:59 PM
Sampah vadut
Quote Mary_jane 14-3-2022 08:59 PM
Alahai mamat ni konfiden terlebih. Gigih naw promote kan diri sendiri.  Anyway, segak ya dp baru.
Quote eternity78 14-3-2022 09:02 PM
konpiden level dia supo mcm ex dia
Quote Vivagirl 14-3-2022 09:48 PM
Geli la mamat pondesen ni
Quote tsui87 14-3-2022 09:51 PM
wekk????perasan hensen ko ni Bal!  yg syok kat ko dulu tu pun nenek umur 50 an ????
Quote AKAZ85 14-3-2022 10:21 PM
Hahaha.. Lawak.. Kenapa laa tak masuk uji bakat sepahtu buat hari tu.. Ko layak ganti rahim tak lawak buat lawak syok sendiri tu [em:4:]
Quote tikusmontok 14-3-2022 11:12 PM
Normabaru replied at 14-3-2022 05:40 PM
Mod tolong buat BOD baru

Tajuk bod Pata Timo

Hahaha...penuh dgn citer2 sampah sarap jer la nanti
Quote GegarVaganja 14-3-2022 11:17 PM
Nyah, kau ambik pompuan buta sekalipun belum tentu nak jatuh cinta dengan kau ye.

Quote Mini.Me 14-3-2022 11:28 PM
Yakin nya kamu, konpiden nya kamuu...meluat

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 06:50 AM GMT+8 , Processed in 0.061332 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top