CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Dapat Sambut Hari Jadi Anak, Fizi Ali Tak Mahu Dituduh Bawa Penyakit

14-3-2022 02:54 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3417| Komen: 30

Fizi Ali meluahkan rasa sebak kerana tidak dapat bersama-sama menyambut ulang tahun kelahiran puteri sulungnya, Ameena Sofia, pada kali ini.

Perkara tersebut dikongsikan Fizi menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi video berkenaan, dia dirakam sedang membeli beberapa hadiah kesukaan cahaya matanya itu di sebuah pusat beli belah sekitar ibu kota.

Foto: IG

Pada masa yang sama, Fizi juga memohon maaf kerana terpaksa meninggalkan hadiah berkenaan di pondok pengawal.

“Selamat hari lahir Ameena sayang. Daddy letak video di sini supaya kalau nanti daddy sudah tiada, awak ada memori untuk melihat.


“Nanti sudah besar, awak akan faham. Daddy tidak pernah melupakan awak walau sesaat. Awak nyawa daddy.

“Maaf tidak dapat jumpa awak kerana daddy tidak mahu lagi dituduh pembawa penyakit kepada awak. Daddy tidak sanggup melihat awak sakit dari jauh,” coretnya di Instagram.



Mengulas lanjut, dia turut meminta maaf kerana tidak dapat menjaga anak perempuannya sewaktu sakit.

“Tidak dapat menjaga awak, tidak dapat menyentuh awak. Maafkan daddy.

“Terima kasih juga kepada orang-orang yang menyumbang untuk beri sumbangan bapa dan anak jauh. Semoga kalian diberkati,” ujarnya panjang.


Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, dedikasi teristimewa berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet menerusi ruangan komen.

“Fizi Ali, janganlah asyik menyalahkan diri sendiri. Allah maha mengetahui segalanya. Semua orang kalau boleh nak elak tidak mahu menjadi punca.

“Tetapi, elak lah macam mana pun, jagalah baik mana pun kalau dah Allah kata kena, tetap kena juga. Semoga tabah okey, dah buat sehabis baik untuk Meena,” komen penyampai radio Feeya Iskandar.

“Perkara nak jadi, tidak perlu menyalahkan sesiapa. Allah menguji sikit sahaja itu. Sakit itu ujian Allah. Eh, aku pula yang sebak wei,” komen seorang warganet. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kepot 14-3-2022 03:23 PM
kesian dekat anak la bila makpak berpisah ni.
Quote holothurian 14-3-2022 03:34 PM
alahhh,semua nak acah2 ulang bagi penyakit,ulang bagi penyakit. mcm bodo jeeeee.
Quote prince_marhaen 14-3-2022 03:47 PM
ponen ni tak habis-habis nak meratap, acah-acah teraniaya orang salahkan dia bagai.... hujung2 follower pepek berair dia tu tuduh ex-wife yang tuduh...apa la tak matured langsung...macam dia sorang je merana... exwife jenis tak suka kecoh dah kira cukup bersyukur lah kau...
Quote lattehazelnut 14-3-2022 04:01 PM
Hmmm tektik bg pompuan cair..
Esok post mengundang lg kat insta or tiktok..
Quote adeqbun 14-3-2022 04:09 PM
eh..mmg dlm msia ni dua org ni je manusia yg terpaling bercerai..hello...kamon lah..dh kalah lufya pulak ai rs
Quote Fly_over 14-3-2022 08:57 PM
sejak bcerai banyak pulak berita dorg ni… semua jd berita
Quote sweetyroses 14-3-2022 09:45 PM
Aku baru je nampak dekt ig story ex-wife dorang sambut bday anak sama2 bertiga je. Ke mata aku ak kero. Ni video letak hadiah dekat pondok pengawal yang mana pulak
Quote timah03 14-3-2022 10:34 PM
Tapi yg menyampah nya bila ada kawan radio dia batu api....
Neutral sudah la....
Mcm la dulu kau tak pernah bkawan dgn ex dia.
Quote qusairy 14-3-2022 10:37 PM
Japp tadi tgk ig kila elok je celebrate bertiga. Propa ke apoo?
Quote Hoola 14-3-2022 10:46 PM
Edited by Hoola at 14-3-2022 10:48 PM

Hmmmnnmmmmmmmmmmmmmm
Mcmla depa sj bcerai
Bykdrama sungguh . Berepisod2 .hmmmm

Org lain tenang2,diam2 sj hadap kphitan idup ,pnceraian...mcm achik hoola korg ni
Walau lg lama kawin...dan lg byk ank

Quote Su_annur 14-3-2022 10:47 PM
qusairy replied at 14-3-2022 10:37 PM
Japp tadi tgk ig kila elok je celebrate bertiga. Propa ke apoo?

Masa fizi up kt ig to masa semalam...kira pagi tadi killa ajak fizi celbrte gan dia n anak dia...kira fizi dpt celebrte sekali la
Quote qusairy 14-3-2022 10:52 PM
Su_annur replied at 14-3-2022 10:47 PM
Masa fizi up kt ig to masa semalam...kira pagi tadi killa ajak fizi celbrte gan dia n anak dia...k ...

Ooo gitu besday ameena hri ni ke smlm?
Quote putericahaya999 14-3-2022 10:54 PM
Play victim je tahu
Quote Mary_jane 14-3-2022 11:02 PM
Memang hidup bersosial media ni segala benda kena post ye, macam diari. Tak post kang, orang tertanya2 mengundang hencapan plak. Kalau konsep why bother boleh lah survive kekdahnya.
Quote hasniey 15-3-2022 12:01 AM
Edited by hasniey at 15-3-2022 12:03 AM

Dh dia yg bwk anak pergi tmpat org ramai smpai anak kena covid kenapa tiba2 play victim?xpayah nk tunjuk tersakiti sgt la
Anak +ve mmg la xboleh tgok.seminggu je pon.nnt celebrate la besday anak tu.bukan ex wife terus xbg jumpa

Quote doubleA 15-3-2022 12:24 AM
Edited by doubleA at 15-3-2022 02:25 AM

Asyik drama la hai, yg mak up caption keluh kesah, yg bapa guna modal apa mak/nerakazen cakap utk up kisah sedih. Sampai AJM la drama tak habis. Tau la dua2 sayang anak tak perlu saling hint indirect burukkan both parties nak tunjuk sape yg terpaling. Kalau ye pun nak berlakon baik depan anak, hakikatnya dua2 masih terbuku dan tak puas hati
Quote lyshafull 15-3-2022 12:59 AM
Alahaaii ni bercerai dlm keadaan bitter ke ape lepas ni bekas bini lak kuar statement
Quote missyL 15-3-2022 01:40 AM
Kesian bdk ni dpt mak bapak over sharing sume bende nk share kt socmed.
Bkn nye femes sgt pn
Quote bukannasigoreng 15-3-2022 08:38 AM
ameena comel!

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037168 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top