Pada konsert suku akhir Big Stage malam semalam (Ahad), Syamel serta Ayie Elham dan Tomok bergabung menyampaikan lagu-lagu yang pernah dipopularkan kumpulan KRU.
Seorang pengguna Twitter kemudian membuat ciapan memuji nyanyian Syamel walaupun dikatakannya ada 'nonok vibes'.
Ciapan berkenaan menarik perhatian penyanyi lagu Boneka iaitu Ernie Zakri yang mengatakan suaminya tetap kacak walaupun ada yang melemparkan komen seperti itu terhadap Syamel.
Selepas Ernie yang kini sedang berpantang menciap maklum balas terhadap ciapan berkenaan, ramai peminat kepada pasangan penyanyi itu memuji vokal Syamel walau apa pun yang diperkatakan individu lain.
Ada juga yang berpendapat individu berkenaan tidak seharusnya menciap perkara sebegitu namun Ernie tampil menjelaskan dia tidak menganggap perkara itu serius dan tidak terasa hati.
"Takde marah-marah pun. Fun fun je. Kami okey je tau. Tak marah pun," tulisnya.
Sekadar info, bahasa slanga 'nonok' bermaksud kemaluan perempuan namun kini luas digunakan dalam kalangan lelaki lembut sebagai ganti nama diri atau cara menggambarkan ciri seseorang yang kelihatan seperti golongan lelaki gender ketiga (mak nyah). - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
I rasa syamel ni sejenis yg lembut je. Bukannya gayah or something like that. Baik macam tu drp mulut longkang pastu acah2 gangsta Penang mari tapi sebenarnya hati tikus
Tahlaa hanya bini yg mengetahui, asalkan hengkorang bahagia udahla.
Iols tak tau cemana rasanya hidup ngn lelaki nonoks ni(wadehel takde nama lain ka?)
Sbb mmg tak penah taste laa dgn hat jenis ni.
missHaidiD replied at 14-3-2022 01:31 PM
Tp nmpak syamel mmg sayang gila kt bini dia. Nmpak natural la sayang tu. Kira cinta mmg diluahkan ab ...
tu kaka stuju..nampak memang syg sgt kat dik nini layan je x biar dik nini sensorang..x malu nak pegang nak show off love kasih syg dpn public..sweet couple