CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iqram Dinzly Tukar Nama Pentas, Kembali Aktif Berlakon Mahu Bukti Diri Tak Gila

14-3-2022 12:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5389| Komen: 37|Original author: Tatod


Pelakon Iqram Dinzly, 41, tampil memegang watak antagonis menerusi drama bersiri Hati Yang Dikhianati selepas beberapa tahun menjauhkan diri daripada dunia seni lakon.

Sepanjang tempoh menyepikan diri dari industri hiburan, Iqram bagaimanapun rancak berkongsi video atau melakukan sesi 'live' menerusi media sosial.

Gara-gara mempamerkan gelagat serta pemakaian yang lain daripada dirinya ketika masih aktif berlakon, netizen beranggapan bahawa aktor berkenaan sudah gila.

Memetik laporan Mstar, Iqram mengakui dia sebenarnya masih ragu-ragu sama ada keputusannya untuk kembali ke pentas lakonan adalah satu perkara baik untuk dia atau sebaliknya.



"Pembabitan saya menerusi drama itu adalah sebagai bukti bahawa persepsi orang yang kata saya gila itu salah.

"Saya masih ada rasa was-was sama ada ini jalan terbaik. Sebab itu saya agak memilih setiap tawaran yang saya terima," katanya.

Aktor itu yang kini ingin dikenali sebagai Iqram Dinzlycious menjelaskan dia ingin membuang jauh nama yang digunakannya pada awal kemunculan kerana menyifatkan Iqram Dinzly sebelum ini mengejar populariti semata-mata.

Selain itu, Iqram turut memaklumkan bahawa karakter yang dipaparkan di media sosial sebelum ini hanyalah watak lain yang ada dalam dirinya.



"Iqram Dinzly adalah seorang selebriti yang mengejar glamor tetapi sekarang ini saya hanyalaha anak seni yang mendahulukan kualiti.

"Mengenai isu orang kata saya gila, itu adalah Princhiqy. Ia hanyalah sekadar watak yang saya tunjuk di media sosial," katanya yang sudah kebal dengan kecaman netizen. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pekanwoohoo 14-3-2022 12:19 PM
Dia macam Azwan Ali lah eh? Atas pentas masa jadi pengacara, masa beratur nak makan roti canai nama Azwan Ali. Tapi bila dekat media sosial je jadilah gila nama Diva AA.
Quote melinda_kerr 14-3-2022 12:24 PM
tkde sapapun prejudice sebelum ni. kesian pun ada..tpi sejak kau berpura2 jdi gila cekik kawan sorang tu for marketing.. no more mercy for you.
Quote Mary_jane 14-3-2022 12:47 PM
In a way DID yang tak memudaratkan? Gitew
Quote mojarean_X 14-3-2022 12:53 PM
pekanwoohoo replied at 14-3-2022 12:19 PM
Dia macam Azwan Ali lah eh? Atas pentas masa jadi pengacara, masa beratur nak makan roti canai nama  ...

Bila lah Diva AA nk approve followers baru IG dia. Menyesal pula ari tu unfollow dia
Quote Plain-tif 14-3-2022 12:55 PM
Aku rasa mcm tgh rapping baca caption prinz cikibum ni
Quote makneng 14-3-2022 01:23 PM
Fonen sgt nama heshe
Quote incess.my 14-3-2022 02:30 PM
scary tgk dia bila berckp
Quote She-Ra 14-3-2022 02:34 PM
sayang betul dgn bakat dan ghope dia ni.. seiring pulak tuuu
tak tentu  hala hidup.. seram bila baca tulisan dia kt ig zaman senget tu dgn pemakaian lg
tp kan, bila jumpa ok je dia.. waras naw  naw, cuma sb pakaian dia je pelik org takut nk rapat hahahaaa
Quote puanbintang 14-3-2022 02:47 PM
Dinzlycious pulak dah..fuh
Quote myakayina 14-3-2022 03:48 PM
dah betul sihat ke belum dia ni..
Quote mawarkhayalan99 14-3-2022 04:08 PM
sayang nya dulu zaman dia dgn pojiah herlokkk heols ni
Quote iznanaziz 14-3-2022 04:22 PM
tak ada beza dgn nama lama.
Quote belilies 14-3-2022 04:24 PM
Yay! Teruskan berlakon. Lama2 nanti org dah tak ingat pun kisah dulu tu. This is your stage, ID! Caiyok! Iols sapot je heols ni.

Cuma sayang dah meleret episod 100+ pulak drama HYD ni.
Quote helicornia 14-3-2022 04:34 PM
myakayina: dah betul sihat ke belum dia ni..


haha tu la, iols pun rasa belum betul2 sihat ni
dgn caption ig yg pelik, dgn nak tuka nama lagi adeh

Quote vanillaninja 14-3-2022 04:50 PM
Princhiqy la Dinzlycious la. Nama pun macam snek kegemaran kanak2.
Quote ekselen 14-3-2022 07:42 PM
Edited by ekselen at 14-3-2022 07:43 PM

Dia ni muka dah helok, berlakon pun helok...silap kt dia x jg diri dia elok2... Pdhal compare ngan si patah amin tu iols lg suka tgk dia berlakon...syg lah bakat disia2 kan je sbb hilang kewarasan sbbkan tekanan hidup or gangguan2 dlm hidup heols....
Quote stania83 14-3-2022 08:17 PM
siapa terer diagnose, dia mental illness jenis apa? skizo?
Quote Safirania 14-3-2022 11:16 PM
Dia ni hensem, kesian
Quote midori_katana 15-3-2022 12:38 AM
Tiba2 keluar kat tiktok live dia tgh pakai bunga gedik kat kepala. Si ikram ni mmg pelik la siap ada caption”zina harus jadi amalan”. Tak kuasa la aku nk tgk live pelik ni.

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 03:49 PM GMT+8 , Processed in 0.050621 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top