CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Allah Nak Beri Nasihat Dalam Kerja” - Shakilla Khoriri

12-3-2022 12:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2895| Komen: 2|Original author: Tatod


Umum tahu status pelakon Shakilla Khoriri yang sudah pun bercerai selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama penyampai radio, Fizi Ali.

Shakilla yang kini aktif berlakon mendedahkan banyak menerima tawaran melakonkan karakter yang dekat dengan dirinya sejak akhir-akhir ini.

Menerusi Instagram, dia menyifatkan perkara itu sebagai salah satu cara Allah SWT memberikan nasihat kepadanya.



"Sejak kebelakangan ini, saya banyak terbabit dengan watak yang sangat dekat dengan diri sendiri. Mengenai kekeluargaan, anak dan hubungan.

"Seolah-olah Allah beri nasihat melalui kerja. Allah bagi kekuatan dan juga penyelesaian dalam setiap dilema," tulisnya.

Tampil berlakon dalam Dilema Wanita tayangan di saluran TV3, Shakilla berkata banyak pengajaran, teguran dan nasihat dapat dipelajari menerusi program berkenaan.

"Semoga Allah berikan kekuatan sebesar lautanNya untuk kita hadapi segala aturan dan rancangannya," kata Shakilla.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-3-2022 09:34 AM
sian sheols eh...jarang merempan, nak move on je mesti ada rempanan ex-laki yang feeling-feeling teraniaya... acah-acah masih menyintai...walhal kalau tengok video2 semua shakila yang banyak buat kerja rumah, independant, ex laki sibooookkk main phone up video pose gambar bagai..macam fonen.. lepas tu acah-acah duda sepi macam shoeb lebah.
Quote KucaiHijau 14-3-2022 11:30 AM
Kila...kalau ko baca komen ai ols...semoga ko jumpa laki yg jauh lg baik. Ko cantik & muda lg....jgn putus asa nak mulakan hidup baru.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:57 PM GMT+8 , Processed in 0.030773 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top