|
Bekas suami kepada pelakon Siti Saleha, Ahmad Lutfi Azhar yang juga merupakan pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dikatakan telah memaki seorang wartawan wanita dengan menggunakan perkataan 'F' berulang kali apabila wartawan tersebut enggan memadam gambar yang diambilnya seperti yang diminta Lutfi.
Kejadian pada 8 Mac itu dikatakan bermula apabila sepasukan pegawai kesihatan datang ke tempat Najib dan salah seorang calon PRN Johor yang sedang 'berkempen' bagi menyampaikan notis saman perlanggaran SOP. Memetik Malaysiakini, menurut saksi, ketika Ahmad Lutfi menghampiri pasukan pegawai kesihatan tersebut, wartawan wanita yang dikatakan dimaki itu mula mengambil gambar dan menyedari gambarnya diambil, Ahmad Lutfi menghampiri wartawan tersebut dan memintanya untuk memadam gambar yang diambil. Pertengkaran mulut bermula selepas wartawan tersebut enggan melayan permintaan Ahmad Lutfi dan bertanyakan identiti Ahmad Lutfi yang kemudiannya berkali-kali memaklumkan yang dia merupakan pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak. Selain pertengkaran mulut Ahmad Lutfi juga dikatakan bertindak mendekatkan mukanya ke muka wartawan wanita tersebut dan berkali-kali mengulangi perkataan 'F' apabila diminta menjarakkan dirinya. "Dia kelihatan sangat sombong dan bongkak", kata saksi tersebut. Namun pegawai khas kepada Najib tersebut akhirnya tampil meminta maaf di atas salah faham yang timbul dan menawarkan gaji satu bulannya untuk dipotong. -CARI |
eloklah sallywho dah cerai dgn dia ni

cmf_premierleag: eloklah sallywho dah cerai dg ...

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-2-2026 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086843 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.