CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Beri Izin, Zizi Kirana Tiada Perancangan Berhenti Menyanyi

11-3-2022 03:33 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 2253| Komen: 11|Original author: Cinta Erina

Sumber: Instagram Zizi Kirana


Baru-baru ini, penyanyi Zizi Kirana memberitahu bahawa dia tidak mempunyai perancangan untuk berhenti daripada dunia nyanyian walaupun membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya.

Menurut Zizi, menyanyi merupakan satu perkara yang telah menjadi sebati dengan dirinya kerana dari kecil lagi dia sudah mempunyai minat untuk bernyanyi. 

Suaminya iaitu Yusof Bahrin telah memberi keizinan dan sokongan penuh untuk Zizi meneruskan cita-citanya. 


Sumber: Instagram Zizi Kirana

Ketika ditemu bual Media Hiburan, Zizi memaklumkan bahawa dia masih akan terus mengeluarkan lagu berentak rancak kerana ramai peminatnya gemar dengan genre itu. 

Tambahnya, sejak akhir-akhir ini ramai juga peminat yang suka mendengar Zizi mengalunkan selawat. Oleh itu, dia juga mempunyai perancangan untuk mengeluarkan beberapa alunan selawat sepanjang bulan ramadhan nanti bersama qariah terkenal iaitu Ustazah Farhatul Faizurah. 


Sumber: Instagram Zizi Kirana

Untuk pengetahuan semua, Zizi baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Pijakyang boleh diakses di semua digital platform seperti Spotify dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Zizi.

Semoga Zizi peroleh kejayaan dalam industri nyanyian! - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 11-3-2022 03:56 PM
Alahai haritu beriya cam nak berhenti. Tup2 pusing 360 darjah. Dah bayar saman ke?
Quote azimodin 11-3-2022 04:53 PM
Xpayah la kejap tutup muka, kejap bukak muka. Lagi satu kalau dah berkelubung 1 badan ni elok xyah menyanyi. Pergi la buat kerja lain
Quote eyansss 12-3-2022 12:50 AM
azimodin: Xpayah la kejap tutup muka, kejap bukak muka. Lagi satu kalau dah berkelubung 1 badan ni elok xyah menyanyi. Pergi la buat kerja lain


betul…  macam awkward orang yang berkelubung tapi masih gigih nak menyanyi…
Quote AnnaSendin 12-3-2022 01:52 AM
azimodin replied at 11-3-2022 04:53 PM
Xpayah la kejap tutup muka, kejap bukak muka. Lagi satu kalau dah berkelubung 1 badan ni elok xyah m ...

Khuen uols? Motif bertudung tapi bergelek atas pentas? Baju ketat metat baik tayah bertudung, sekadar berbungkus jur. Baik jadi macam retis ereb, tade nak bergonjeng atas pentas ya habibi ya maulana sambil berbungkus.
Quote Meiizu 12-3-2022 09:46 AM
Yelahhh nanti laki bini nak keje makan apa plak...
Quote Meiizu 12-3-2022 09:48 AM
Dah tukar imej tu patut pi lah cari keje..pakai tudung labuhkan biasa cukup takyah smpai niqab.
Keje admin,keje kilang kot takde kelulusan skrg pun dah min rm1500
Quote MatDeghem 12-3-2022 09:57 AM
Meiizu replied at 12-3-2022 09:48 AM
Dah tukar imej tu patut pi lah cari keje..pakai tudung labuhkan biasa cukup takyah smpai niqab.
Keje ...

Mesti lah izinkan...nanti macam Mana nak beli beras basmati kan? Untuk beras biasa mampu lah kot ..tapi Tak glam.
Hanya suami yg mampu beras basmati akan suruh isteri benti jadi retis.....
Kalau binik masih kehulur hilir carik rejeki, buat review segala product toknenek...suami belum mampu beli beras basmati.
Boleh gitu?
Quote per706 12-3-2022 10:08 AM
Baek,kita akan bwak perkara ni ke tengah,msa meeting jkkkkkkkkk kampung pisang nt.
Quote kakigojes 12-3-2022 10:14 AM
Hmmmm… istiqamah je la dik…
Quote tuntasha 13-3-2022 07:01 AM
Camni lah retis atau pasangan retis eh.Bila mula berhijab kalut nak validation umah.Lepas da hilang high dari tumpuan ummah kat dorang mula back to reality cari makan back in showbiz, seeking attention dari netijen.
Quote forum5290 13-3-2022 11:19 AM
Aq ok je dgn cara dye...dye buat sbb kerja kn...
Org xde kt tmpt dye...senang la ckp,cari keje lain...
Da minat dye ke nyanyian,bia la kn...
Dye tahu batas yer...lagi plak da bsuami kn,pndai2 la suami dye bentuk bini dye...
Zizi ni bkn yer bniqab,bkn yer 24jam bjubah...dye cume btudung je...xslh pn nk nynyi...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069317 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top