CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Persembahan Trending Di YouTube, Marsha Milan Masih Terkesima

11-3-2022 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1889| Komen: 1

Persembahan Marsha Milan, 37, menerusi lagu Cinta pada Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL 36) lalu kekal di carta 'trending' dan nombor satu di YouTube.

Video yang dimuat naik di saluran YouTube TV3 Malaysia Official itu sudah mencecah lebih 2 juta tontonan sejak 7 Mac lalu.



Dalam masa sama, nyanyian Marsha itu turut mendapat perhatian ramai pengulas video dari luar negara yang membuat 'video reaction' persembahan itu.

Marsha berkata, hingga sekarang dia masih belum boleh proses apa yang berlaku sepanjang AJL 36 itu.

"Saya ada dengar persembahan saya 'trending' yang mana dalam tempoh sehari lebih satu juta tontonan, tapi sejujurnya masih belum boleh proses apa yang berlaku di AJL. Saya masih lagi terkesima.

"Baru semalam dapat tengok semua video reaksi di YouTube. Saya berasa terkejut dan dalam masa sama gembira. Saya sebenarnya masih tak boleh percaya apa terjadi. Apa pun, saya terharu dengan segala ucapan diterima," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG Marsha

Menurut Marsha, dia hanya mampu bersyukur kerana diberi kekuatan sepanjang membuat persembahan ekoran keadaan kesihatannya selepas dijangkiti Covid-19 buat kali kedua.

"Saya bersyukur pada Allah. Saya hanya ada Allah saja pada waktu itu untuk berikan kekuatan pada saya. Kalau ikutkan saya banyak kali cakap nak tarik diri, tapi pada saat akhir saya cakap pada pasukan tak apa saya nak nyanyi juga.

"Mereka cakap betulkah saya nak nyanyi sebab ketika itu saya positif. Saya cakap lagi pada mereka percayakan saya atau tidak. Terus mereka cakap percaya. Jadi kami sama-sama percaya yang saya boleh buat.

"Selepas letak telefon, saya cakap pada diri sendiri 'gila kau ni Marsha, yakin cakap pada orang begitu padahal suara keluar angin angin saja macam mana nak nyanyi'. Tapi Allah ada, dipermudahkan persembahan. Walaupun saya berasa banyak yang saya tak puas hati dalam persembahan itu. Apa pun saya tetap bersyukur," katanya.



Pada AJL 36, lagu Cinta ciptaan Bunga Cantik dan Hang Nadim serta lirik oleh Hang Nadim itu berjaya meraih tempat kedua selain Marsha dinobatkan pemenang Persembahan Terbaik.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 13-3-2022 12:59 PM
Entah la..mula tgk time live kt tv mmg rasa teruja.. tapi bila dgr balik pakai headphone, rasa terlebih lak pekikan tu.. tu belum lagi dgr versi Adira yg taknk kalah nk jugak terpekik2 tu.. Kalau aci jac yg bawa lagu ni mesti lebih meletop

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.038989 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top