CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Manis Berhijab, Bella Astillah Dipuji Ramai

11-3-2022 01:30 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 7170| Komen: 42|Original author: Cinta Erina

Sumber: Tiktok Bella Astillah


Seperti yang semua tahu, isteri kepada selebriti Aliff Aziz iaitu Bella Astillah sememangnya seorang wanita yang cantik dengan tubuh genitnya.

Bella Astillah juga seorang yang ramah, malah mudah didekati. Hal ini menyebabkan ramai peminat senang dengan sikapnya. 



Baru-baru ini, Bella berkongsikan video terbarunya di TikTok. Menerusi video itu, kelihatan Bella manis berhijab dengan memakai busana abaya hitam menghadiri majlis sebagai duta De'Xandra.


Sumber: Instagram Bella Astillah

Memang nampak ayu sangat apabila Bella berpakaian sebegini. Untuk pengetahuan semua, Bella masih belum memakai hijab sepenuhnya. Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Bella.


Sumber: Instagram Bella Astillah

Video yang dikongsikan Bella ini telah mendapat lebih 255 ribu tontonan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Bella berpakaian dan mendoakan semoga Bella memakai hijab satu hari nanti. 


Sumber: Tiktok Bella Astillah

Semoga semuanya dipermudahkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mendeluk 11-3-2022 01:38 PM
Adakah berhijab itu ada satu kejutan? Tu pun nak post ke jadikan article.. it’s normal lah.
Quote mendeluk 11-3-2022 01:39 PM
Kita dah dibiasakan dgn bendaaa kalau org itu berhijab.. sejuk hati .. etc. lawa gila . Macam bidadari. Hahaha. Walaupun muka orang itu besa2 je pon
Quote True-X 11-3-2022 01:41 PM
puji la melambung... pastu nnt dia free hair kutuk berpikul2... itula org melayu
Quote bankerpencen 11-3-2022 03:33 PM
mendeluk replied at 11-3-2022 01:39 PM
Kita dah dibiasakan dgn bendaaa kalau org itu berhijab.. sejuk hati .. etc. lawa gila . Macam bidada ...

Ye betul. Tau nak galakkan perempuan islam tutup aurat, tapi kalau muka memang basic je (contohnya si bella katik kaki merempan ni), tak usah la nak memuji sampai melangit. Biasa je pun rupanya… cakap alhamdulillah je ke apa sudah.
Quote prince_marhaen 11-3-2022 03:33 PM
harap tak terkinja2 depan tiktok lagi lah macam feeling2 anak remaja..walhal pek dah keluar 2 kepala..
Quote sukacactus 11-3-2022 03:58 PM
Sememangnya seorang wanita yg cantik?
Cantik celah mana?
Quote slyfynx 11-3-2022 04:17 PM
Pakai tudung kene bukak thread ke?
Quote mendeluk 11-3-2022 05:00 PM
bankerpencen replied at 11-3-2022 03:33 PM
Ye betul. Tau nak galakkan perempuan islam tutup aurat, tapi kalau muka memang basic je (contohnya ...

Aku pun hairan reporter memang suka betul buka thread berkaitan bertudung and aurat. Memang tak boleh kalau tak post article psl itu. Mana tak netizen slalu asyik tilik pasal orattttt.

Bella ini taraf lawa dia besa2 je. Tak paham org yg puji bagaikan bidadari HAHA. Just because orang itu bertudung
Cakap jelah motif ko senanya nak orang bertudung.
Quote pxlbb 11-3-2022 06:32 PM
Kobid dah habis ke chuols masing2 berani tak pakai mask laga pipi.
Quote bondeh 11-3-2022 06:45 PM
Tak pernah rasa ada soft spot kat dia nih. Kat luar muka kekwat walaupun orang tak perasan itu kau. Anak pun kau suruh mak kau yang tolak stroller. Fake gila. Buat muka acah2 lembut, cakap lembut ala2 TokTi jaman anak dara. Muka asal berkerak macam anak orang asal kat hutan Pahang. Didi lagi cun walau muka jantan.
Quote mendeluk 11-3-2022 07:00 PM
bondeh replied at 11-3-2022 06:45 PM
Tak pernah rasa ada soft spot kat dia nih. Kat luar muka kekwat walaupun orang tak perasan itu kau.  ...

Paling tak boleh blah tgk tiktok dia joget2 cringe kot.
Quote bottombikini 11-3-2022 07:06 PM
awal sangat korang nak memuji pun
Quote kakakpositifker 11-3-2022 08:28 PM
Muka dia ni kenapa di mata akak biasa je. Hurmmm
Quote krustykrab 11-3-2022 08:36 PM
mendeluk replied at 11-3-2022 01:39 PM
Kita dah dibiasakan dgn bendaaa kalau org itu berhijab.. sejuk hati .. etc. lawa gila . Macam bidada ...

Cer kalau dibah nor ke yg pakai, tak de sapa nk puji..habih2 pun syukur alhamdullilah...
Quote QueenIsolde 11-3-2022 09:37 PM
Tak tau cantik kt mana dia ni..puas duk tilik
Quote chinchan78 11-3-2022 10:11 PM
Dia ni bg i x cantik wpon pakai make up.. prnh tgk muka sheols x make up time wat live ig.. lngsung x lawa.. untung sheols dpt khwin dgn aliff yg herlokk..  bg i retis yg cantik mcm uqasha, nelly, izara, amyra, sariyanti..
Quote asi344 11-3-2022 10:24 PM
Ok.
Quote zehra2 12-3-2022 09:17 AM
pada aku, lawa je dia ni.. comel kecik molek mmg  dambaan lelaki laa.. yg kutuk tu  mulus mcm bella ke
kalo cun kita ckp je cun.. nak nafikan apa.. rabun ke
fake atau tidak..  lantak ler.. bukan bella yg beli beras aku pun.
Quote kakigojes 12-3-2022 10:17 AM
Hmmm… istiqamah je la….

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 1.101055 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top