Ramai suka menggunakan alat pemanas air elektrik atau water heater ketika mandi, tetapi amat jarang memberi perhatian atau melakukan penyelenggaraan bagi mengelak atau mengenal pasti kerosakkan kepada alat elektrik itu. Memetik Beautifulnara, jika alat pemanas itu rosak ia boleh menjadi punca renjatan arus elektrik dan membahayakan keselamatan pengguna. Untuk menggelak perkara itu berlaku, berikut adalah beberapa langkah keselamatan ketika menggunakan alat pemanas air elektrik.
Sebelum membeli produk elektrik, anda perlu melihat jika produk itu mempunyai label SIRIM. Ini kerana barang elektrik yang diktiraf SIRIM menepati piawaian untuk barangan elektrik dan telah diuji untuk keselamatan secara menyeluruh.
Anda tidak digalakkan untuk mengambil khidmat kontraktor elektrik yang tidak berdaftar kerana alat pemanas air elektrik itu boleh dipasang secara salah dan ia boleh menyebabkan kerosakan. Jadi, amat penting kerja-kerja elektrik ini harus dilaksanakan oleh mereka yang berdaftar.
Jika anda menggunakan alat pemanas air elektrik dari model keluaran lama (10 tahun ataupun lebih), tukar segera kerana model lama itu tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti alat pemanas air elektrik model baharu.
Alat pemanas air elektrik tidak boleh dibiarkan tanpa penyelenggaraan. Ia perlu diselenggara berkala untuk membaiki sebarang kerosakan dan mengelak dari berlakunya renjatan arus elektrik.
Jika anda tidak yakin untuk menggunakan alat itu, anda boleh tekan butang "elb test" untuk melihat sama ada ia selamat digunakan atau tidak. Ia berfungsi sebagai menutup elektrik jika ada berlaku litar pintas didalam alat itu.
Perlu diingatkan, jika ada berlakunya tanda awal renjatan arus elektrik, butang "elb test" boleh dijadikan sebagai butang kecemasan. Itu adalah perkara yang anda perlu tahu tentang alat pemanas air elektrik dan bagaimana cara menjaganya. - CARI |
ayukpingu replied at 19-3-2022 12:50 AM
tiap kali aku mandi, aku tenung water heater jap..sambil teringat kes kes yang dalam news. scary
gigahertz replied at 25-3-2022 01:44 AM
U punya waterheater ada suis On dan Off tak ?
suis macma ni :
[/url
ayukpingu replied at 25-3-2022 12:12 AM
ade.. kalau ada suis mcm ni, selamat la kan?
ADVERTISEMENT