|
Sudah mencecah empat bulan usia kandungan isteri, vokalis kumpulan Floor 88 iaitu Ayie Elham berkata mereka masih belum mengetahui jantina bayi.
Bagaimanapun Ayie atau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah memilih untuk menjadikan jantina anak satu kejutan buat dirinya. Menurut penyanyi berusia 24 tahun ini, dia hanya mahu mengetahui sama ada bayi perempuan atau lelaki ketika usia kandungan mencecah lapan bulan. "Buat masa ini, kami masih tidak tahu lagi jantina bayi kami sebab dah lakukan pemeriksaan pun masih samar-samar.
"Ikutkan saya nak baby boy dan isteri pula nak baby girl tapi saya memang tak nak tahu pun jantina anak saya sebab nak biarkan ia jadi satu kejutan. "Bila usia kandungan dah masuk lapan bulan baru saya nak tahu. Baju pun kami beli yang sesuai untuk dipakai lelaki atau perempuan," katanya kepada mStar.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 04:52 PM GMT+8 , Processed in 0.079095 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.