CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jantung Bob Lokman Lemah, Sakit Perut Sejak Seminggu Lepas

11-3-2022 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1847| Komen: 9

Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman, 58, kini kurang baik apabila jantungnya lemah dan sakit perut sejak lebih seminggu lalu.


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman berkata, dia sekarang lebih banyak berehat di atas katil dan berjalan di dalam rumah saja kerana cepat penat dan sukar bernafas.

"Keadaan kesihatan saya sekarang memang tidak menentu. Sejak lebih seminggu lalu terasa agak teruk sedikit sebab jantung lemah dan sakit perut. Sekarang pun, perut saya keras dan sukar membuang air.

"Saya pun tak tahulah apa sebenarnya sakit ini sebab belum jumpa doktor lagi untuk pemeriksaan lanjut. Temujanji saya dengan doktor di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 27 Mac ini," katanya kepada Harian Metro.



Bob yang menetap di Kelantan berkata, buat masa ini dia duduk di rumah sehingga ke tarikh itu memandangkan ubat yang dibekalkan pihak hospital masih ada.

Menurut Bob, dia sebenarnya trauma untuk ke hospital selepas menjalani rawatan laser di jantungnya, pada 3 Oktober tahun lalu yang didakwanya sangat menyakitkan.

Ia sedikit-sebanyak membuatkan Bob fobia dan tidak mahu melaluinya lagi.

"Saya juga dah lama sangat sakit. Walaupun semangat nak sihat itu ada, tetapi dari segi psikologi terganggu juga. Macam-macam yang saya fikirkan.

"Saya juga tidak boleh memandu lagi sekarang. Jika hendak ke mana-mana, anak yang akan bawakan. Saya mohon doakan kesihatan saya baik-baik saja," katanya yang turut memaklumkan isteri, Relawati Daud dan anak kini mengurus perniagaan bubur daging dan serunding daging sejak dua tahun lalu.

Terdahulu, Bob pernah dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Sultanah Bahiyah pada 1 Oktober tahun lalu berikutan jantungnya pada bahagian atas tidak berfungsi dengan baik.

Bob yang juga penulis lirik lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama itu turut menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu 'Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di hospital berkenaan pada awal Disember 2020 lalu. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 11-3-2022 08:37 AM
syafakallah abg bob.. moga dipermudahkan. baru trbaca psal abg ali expdc, ni abg bob pula.
Quote me12345 11-3-2022 08:41 AM
Get well soon...
Quote tomiko_haza 11-3-2022 04:05 PM
semoga cpt sembuh dan dipermudahkan urusan bob lokman
Quote kwekkwek 11-3-2022 04:08 PM
emoga cepat sembuh
Quote Safirania 11-3-2022 08:48 PM
Semoga cepat sembuh
Quote supernaturalee 11-3-2022 08:53 PM
Duk kelantan tp refer kt kdh aloq setaq nuuu
Hosp di kltn mmg xde specialist jantung ea
Tp jenuh lh kn
Jauh tuuu

Moga urusan dipermudahkan lh

Lirik2 Bob mmg the best
Kenapa skrg x buat lirik dh ea
Last time tah bile kn
Rsnya sejak die expose kt rncgn TV dgn award show mcm jd hos aim tu die dh x buat lirik kn

Quote honeybee1802 11-3-2022 09:02 PM
supernaturalee replied at 11-3-2022 08:53 PM
Duk kelantan tp refer kt kdh aloq setaq nuuu
Hosp di kltn mmg xde specialist jantung ea
Tp jenuh lh ...

Tu la awatnya dia tak refer ke husm ke?letih nak sampai kedah tu...apa2 pun semoga cepat baik uncle bob...
Quote nazzse 12-3-2022 02:07 PM
Ohh my.. rupanya sebijik macam arwah ayah i..sakit & keaadaan sebelum akhir umur pun sama..

Semoga dieberikan kesabaran untuk terus melawan
Quote Addrianna 12-3-2022 03:53 PM
Kesiannya.semoga cepat sembuh

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:36 AM GMT+8 , Processed in 0.048810 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top