CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aisar Khaled Menyeru Influencer Yang Jadi Pelakon Supaya Masuk Kelas Lakonan

11-3-2022 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2221| Komen: 14

 Aisar Khaled, 22, yang bermula dari platform media sosial sebagai YouTuber atau 'influencer' menyeru rakan-rakan seperjuangan untuk menghargai setiap tawaran lakonan yang diterima.


Aisar berkata, mereka patut gunakan peluang tawaran yang diberikan itu dengan sebaik mungkin.

Foto: IG

"Kepada 'influencer' yang ditawarkan berlakon, buat betul-betul. Kalau nak berlakon, buat betul-betul dan bersungguh-sungguh. Peluang begini bukan mudah untuk datang," katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, setiap 'influencer' yang memulakan kerjaya lakonan perlu mengambil serius dan menyertai kelas lakonan.



"Kalau boleh, pergi kelas lakonan kerana apa yang kita lakonkan dalam drama atau filem, tidak sama dengan apa yang kita buat untuk kandungan di platform media sosial atau YouTube. Bawa dan hidupkan watak yang diberikan itu dengan sebaik mungkin," katanya.

Pernah beberapa kali terpalit kontroversi, Aisar kini memilih untuk memberi tumpuan penuh kepada kerjaya lakonannya.



"Saya nak fokus kepada bidang lakonan. Saya nak perlahankan benda-benda yang boleh mewujudkan kontroversi. Saya nak serius dan setiap benda yang saya akan lakukan selepas ini, saya kena fikir dengan matang dan masak-masak," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-3-2022 09:03 AM
gambar kemain putih melepak merah-merah ada korean/thai vibe sikit... bila video, drama, atau drpd phone orang lain, berkerak dan berdenting jugak ye gelap dia... ekekekekeke...
Quote whimsicalmusic 11-3-2022 10:09 AM
Ko sape nk seru2 org..
Quote esbok 11-3-2022 10:13 AM
dah macam nak comolot dah. kat situ lakonan ang tak menjadi
Quote bukannasigoreng 11-3-2022 10:21 AM
dia dah seru ni, macam mana?
Quote deebiz14 11-3-2022 10:22 AM
Sbenarnya citer pasal diri sendiri kan, cuma caption macam nganjeng orang lain pulak....

Tapi betul la ape dia cakap. Influencer2 yang prasan nak glamor cepat ni mohon la pls gi upgrade dulu. Kayu jati sangat. Dan producer2 tolong la jgn amek these attn seekers masuk dalam kemelut Mega Holdings etc.

Quote Harley_Quinn 11-3-2022 12:08 PM
Drpd dlu dok kata akan berhati2, pk dlu sblm post content.
Sme jee kekdahnya. X kenan dgn bdk ni
Quote pearl.silver 11-3-2022 12:10 PM
Sapo dio ni

Iols ternmpk dlm tiktok sorg bdk ni tegur dak aisar ni tepi jln

Bapak laa timggi nyer
Quote tomaz 11-3-2022 12:14 PM
Kamu siapaaaa
Quote princessmiang 11-3-2022 02:53 PM
Ko ckp dgn cermin dek?
Quote doubleharmonic 13-3-2022 12:53 PM
esbok replied at 11-3-2022 02:13 AM
dah macam nak comolot dah. kat situ lakonan ang tak menjadi

kan chuolss? gegeh suruh orang masuk kelas lakonan tapi diri sendiri pon hauk fail lakonan tak jadi? ni hah petikan dari ayat heshe sendiri yachh
"Kepada 'influencer' yang ditawarkan berlakon, buat betul-betul. Kalau nak berlakon, buat betul-betul dan bersungguh-sungguh. Peluang begini bukan mudah untuk datang," katanya kepada Harian Metro.
dah tu ko nak buat bideo comolot apesal tak buat betul2 dan bersungguh2 hah noreen?


Quote doubleharmonic 13-3-2022 01:05 PM
eh noreen ko sendiri pon hauk berlakon dah lah poyo bajet hensem tak yah seru2 orang lain ko seru diri sendiri depan cermin jah ko tengok balik bideo ko ni punyalah kayu kayan lakonan tapi bajet macam ko tu pemenang trofi pelakon lelaki terbaik ffm ke 29 nak suruh orang masuk kelas lakonan bagai hah noreen?

[ig]https://www.instagram.com/p/CWC6i4BgVcG/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/CUeg3y9ADaU/[/ig]

[ig]https://www.instagram.com/p/CVARxayAYpz/[/ig]
Quote Hoola 13-3-2022 01:08 PM
Dan kena pndai bt content jg atas plformmedia msg2 utk dknali,viral etc, acah famos..x gituhhhh???
Quote one_aiman 13-3-2022 01:23 PM
Influencer yg jadi pelakon dan boleh berlakon skrg ni cuma si noreen nama sebenar tu je
Quote hasniey 13-3-2022 01:30 PM
Dia dh jd pelakon ke?drama apa?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.406780 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top