CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lia Aziz Tak Nak Dedah Kekasih, "Yang Penting Dia Restu Saya Menyanyi"

11-3-2022 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2830| Komen: 20

Ketika sebahagian rakan artis suka merahsiakan soal peribadi, lain pula penyanyi yang menempa populariti menerusi lagu Kucu Kuca, Lia Aziz, 19.

Meskipun pada awalnya teragak-agak membuat pengakuan, Lia atau nama sebenarnya, Nuraliah Farzana Abd Aziz akhirnya tidak mampu berselindung dirinya sedang berkawan dengan seorang jejaka.

Foto: IG

"Nak kata 'single' tak juga. Nak kata, milik seseorang pun tak juga. Apa yang boleh dikatakan, status saya 'single but not available'.

"Ya, saya akui sedang berkawan dengan seorang jejaka. Kami kenal sebelum saya bergelar penyanyi lagi.


"Si dia merestui minat saya dalam bidang nyanyian," katanya kepada BH Online.



Diasak siapakah jejaka bertuah yang berjaya mencuri hatinya, anak jati Kuala Lumpur itu berkata, dia belum bersedia mendedahkan identiti sang jejaka.

"Biarlah ia menjadi kejutan. Apa yang boleh dikatakan, si dia lebih berusia daripada saya dan hubungan ini sudah diketahui keluarga.

"Bagi saya, jika mahu berkawan dengan seseorang, tak kisahlah lelaki atau perempuan, keluarga perlu tahu," ungkap Lia yang bakat nyanyiannya dicungkil menerusi Instagram (IG).



Diusik pertanyaan apakah tidak risau jika muncul orang ketiga cuba merebut cinta memandangkan statusnya sebagai selebriti, Lia yakin perkara itu tidak akan berlaku sekiranya mempertahankan kesetiaan.

"Saya tidak takut jika perkara ini terjadi. Ini kerana saya akan menjaga hati agar tidak diberikan kepada orang lain. Saya seorang yang setia," ujar Lia malu-malu.

Meskipun lagu Kucu Kuca meraih jumlah tontonan 13 juta di laman YouTube, namun, graduan jurusan muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) tidak malu mengatakan namanya belum dikenali ramai.

Pun begitu, Lia berkata, dia langsung tidak berkecil hati dan akan terus mempertahankan prinsip tidak terjebak dalam kontroversi memualkan semata-mata memburu populariti.



"Saya sedar nama saya tidak sepopular lagu nyanyian. Tetapi, tidak tak mengapa, saya lebih rela dikenali kerana bakat walaupun terpaksa mengambil masa agak lama untuk mencipta nama.

"Sebolehnya saya mahu menjaga tingkah laku dan tutur bicara dalam media sosial agar imej berhijab tidak tercalar disebabkan kontroversi," luahnya.

Walaupun baru tiga tahun berada dalam belantara seni, Lia cukup bertuah kerana dua single terpilih menjadi lagu runut bunyi drama bersiri.



"Untuk single ketiga, saya akan berduet dengan penyanyi Budak Baru Nak Up (BBNU). Dia lebih senior daripada saya.

"Namun, buat masa ini, siapakah gerangan dan judul lagu belum boleh dikongsi.

"Single baharu berentak balada ini akan dilancarkan pada April depan sempena bulan Ramadan. Ini kerana drama bersiri juga akan ditayangkan pada bulan yang sama," ujar Lia yang juga peserta program realiti, Big Stage musim ketiga.



Selain menyanyi, Lia juga berkecimpung dalam bidang lakonan dengan membintangi drama web, Rusa After Class yang ditayangkan menerusi saluran YouTube Rusa Music.

Single Kucu Kuca terpilih menghiasi drama rantaian, Rindu Awak Separuh Nyawa, manakala single Pergilah Derita hasil paduan suara dengan Asfan Shah melatari drama Cukup Derita Itu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sudirmanistas 11-3-2022 08:31 AM
Mudanya baru 19 tahun.
Quote prince_marhaen 11-3-2022 09:06 AM
Edited by prince_marhaen at 11-3-2022 10:42 AM

19 tahun tapi gaya, pakaian & mekap dah macam kakak2 30-an, ada vibes kakak zumba dan pencinta lagu remix kelab dangdut jugakkkk.... sukahati la dekkkk.... tibehhh kena restu boipren...boipreng yang bagi ko makan sejak lahir ke? yihhhh umur2 gini memang tengah mendewakan boipreng kan...apa-apa sebut boipren first...
Quote acikbajuhijau 11-3-2022 09:19 AM
sapa tah kau ni dik......
Quote endihesh 11-3-2022 09:27 AM
dah habis belajar ke baru 19tahun dah dipanggil graduan?
Quote slyfynx 11-3-2022 09:41 AM
Ko ialah sape?
And sape lak nk tau pasal kekasih ko.
And, pe mende umur 19 tahun dah graduan jurusan muzik ASWARA?
Gradual sijil ke?
And, nape lak kekasih kene bagi restu?
Quote kiah_mai_pulak 11-3-2022 09:59 AM
lahhhhh baru nk bercinta ke?? body pun dh mcm mak2 orang ank 2.. sama gedabak dgn silalat
Quote whimsicalmusic 11-3-2022 10:13 AM
prince_marhaen: 19 tahun tapi gaya, pakaian &  ...
terima kasih keluarkan semua yg terpendam dlm kepala sis
Quote bukannasigoreng 11-3-2022 10:17 AM
betul dik kekasih ni kena simpan, nanti dah break tak lah semua orang gelakkan. yang penting restu.
Quote cmf_premierleag 11-3-2022 10:35 AM
prince_marhaen replied at 11-3-2022 09:06 AM
19 tahun tapi gaya, pakaian & mekap dah macam kakak2 30-an, ada vibes kakak kelab dangdut jugakkkk.. ...

Ha ah..aku nk komen yg sama gak
Baru 19.
tp her vibes mcm acik2 gundu yg suka pegi zumba dgn mekap full, dangdut kelab mawar biru , yg suka beli produk kosmetik timbang kilo di kedai2 jamu dan seangkatan.
Quote siasia 11-3-2022 12:09 PM
Buruknya yg pakai topi merah tu. Mcm burung sesame street tu ha. Dgn shading hidung yg obvius cam tu. Mesti dia tgk fikir "eh lawanya aku"
Quote fadz84 11-3-2022 12:30 PM
endihesh replied at 11-3-2022 09:27 AM
dah habis belajar ke baru 19tahun dah dipanggil graduan?

Baru nk tnya td.. graduan gelaran untuk siswa yg dh abis belajar.. Tp tgk umur baru 19.. diploma 3 tahun kan..
Quote lyshafull 11-3-2022 12:45 PM
Allahu bru 19 tahun rupanye ingt dh 30 an nmpk sgt matang tapi suara x leh gi jauh jadik instafamous dh la dik semoga maju jaya
Quote emera 11-3-2022 12:46 PM
Aku ingat liza aZiz
Quote hazira_gomez 11-3-2022 02:02 PM
teruknya mekap yang gambar first masa big stage tu.. dgn lens and nose contouring macam tu.. dh nmpk macam orang umur 30 an je. Gambar selfie dlm kete tu harap lighting cntik je kalau x nmpk buruk and kepam jua.[em:4:][em:4:]
Quote selipar_hijau 11-3-2022 04:27 PM
laa ingatkan dah menikah beranak 2..
Quote cheezel 11-3-2022 04:58 PM
Sendu smp xtau nk tny apa. Kenala tny psl bopren
Quote alieyrina 11-3-2022 07:43 PM
Tak tgk bs so tak kenal la. Sory .. eh budak bs keww

Aku pun ingat liza aziz tadi haahahaa
Quote 3chanceno 11-3-2022 08:11 PM
Terhibur meols baca komen2 diatas..dah ramai komen yg sama macam dlm pikiran meols..

Graduan umur 19? Meols tertinggal ketapi atau dak nie yg terlalu pintar bak bullet train?
Quote AnnaSendin 12-3-2022 01:43 AM
Whoareyousss? Paling penting, whocares uols nak sidai boifren dekat balkoni ker tak.  Nampak naw iols dah kertu tatau uols sapa.

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.036312 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top