CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Ali Puji Issey, "Mendengar Kata, Hos Yang Bagus"

10-3-2022 03:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2368| Komen: 11

Pengacara sensasi, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebak apabila berkongsi kisah mengenai selebriti verstail, Issey Fazlisham .

Menurut Diva AA ketika dihubungi Murai.my, dia menerima panggilan telefon daripada Issey usai mengetahui  khabar berita mengenai dirinya digugurkan sebagai hos MIC ON! berkuatkuasa serta merta. Diva AA berkata dia terharu dengan Issey dan menyifatkannya sebagai seorang pengacara yang baik.

“Issey sempat menghubungi saya dan saya pun ada doakan dia untuk terus berjaya. Walaupun dia cakap agak sedih tetapi saya percaya dia boleh lakukannya. Saya hormati dia kerana dia adalah hos yang bagus,” katanya.


Foto: IG


Dedah Diva AA, Issey turut terkejut dan sedih mengetahui perkhabaran tersebut. Akur dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak Awesome TV, pengacara ini mendoakan agar Issey terus sukses dan berharap agar bakat pengacaraan selebriti itu akan terus bersinar.

“Dia seorang budak yang baik dan berpotensi untuk menjadi pengacara yang hebat. Saya bangga kerja dengan dia dan dia juga mendengar segala tunjuk ajar yang saya berikan kepadanya. Kami akan rindu untuk bergandingan bersama.

“Susah nak dapat bakat-bakat baru yang mendengar cakap seperti dia. Harap-harap dia berjaya dan menyerlah suatu hari nanti,” kata Diva AA sebak

Di kesempatan itu, Diva AA mengucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang menonton MIC ON! selama mengacarakan program itu bersama Issey.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada penonton yang menyokong saya dan Issey. Saya dapat maklumbalas yang baik-baik selama mengacara bersama dengannya. Saya enggan bercakap mengenai episod mereka akan datang cuma saya hanya mengenang kenangan mengacara bersama Issey yang turut dihargai peminat. Jadi terima kasih banyak-banyak” katanya lagi

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Awesome TV mengugurkan Diva AA sebagai hos program terbitan mereka, Mic On! Pihak Awesome TV menjelaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perihal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan mereka.

Menurut Diva AA, dia akui keperibadiannya bersifat tegas kerana ia merupakan sebahagian identiti diri namun tidak menyangka akan menerima layanan kurang ajar daripada stesen televisyen tersebut. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Harley_Quinn 10-3-2022 03:34 PM
Org tegas perlu maki carut segala bnda yee
Quote babelina 10-3-2022 03:46 PM
elok2 dh ada job..nape nk kekal kn maki2 tu.. x elok..
Quote mummy_vouge 10-3-2022 08:28 PM
motip kena gugur sbb ape?
Quote debab_78 10-3-2022 09:19 PM
Baik pulak heshe kali ni.. Kalau tak nak maki je kejenya... Tiberrrr
Quote YomiuriLandMae 10-3-2022 11:06 PM
nasib baik issey ni mendengar kata dibah so xde la dimaki kow2.. bkn mcm partner dia dulu tu habis kena sembur konon perasan top la perasan nama naik balik la..
Quote sleepandream 10-3-2022 11:22 PM
ok noks... pastu??
Quote balakkampung 11-3-2022 07:54 AM
aku suka issey ni berlakon dalam JKK...actually semua pelakon JKK best..
Quote prince_marhaen 11-3-2022 09:00 AM
lain macam puji & pelik nauu..... smell ikan. hahaha
Quote PEPPERMAN 11-3-2022 10:15 AM
Issey tak doakan dia behenti ketagihan mencarut ke
Quote bukannasigoreng 11-3-2022 10:19 AM
so sekarang semua orang dah tahu cerita 'mic on' wujud.
Quote deebiz14 11-3-2022 10:30 AM
"industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman" ... terus terang meols tak tau pun kewujudan Awesome Tv ni. Cuma kemarin anak meols main2 remote control... skali ter-on la citer ni. Tersangatlah B-grade Mic-on ni yach. Dan kekok betul nengok si AA ni sebagai formal host.   

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.103220 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top