Pada Rabu lalu, pelakon Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 tahun. Ketika ditanya Murai.my mengenai hajatnya, Che Ta berkata dia kini memberi keutamaan sepenuhnya kepada keluarga. Menurut Che Ta, dia sentiasa mendoakan supaya Tuhan memberikan kesihatan yang baik kepada dirinya, namun sejak akhir-akhir ini dia sering memikirkan soal kematian dan jika ditakdirkan dia ‘pergi’ dahulu, pelakon ini mahu segala perancangan dibuat untuk anak-anaknya. Jelas Che Ta, dia mendoakan sedemikian kerana tidak mahu kehidupan anak-anaknya terumbang-ambing apabila dia sudah tiada. Hal ini kerana, walaupun anak-anaknya sudah dewasa, namun mereka semua begitu manja dengan Che Ta. Tambah Rozita Che Wan, dia tahu ada sesetengah pihak yang beranggapan dia terlalu memanjakan anak-anak, namun sebagai seorang ibu, dia ikhlas melakukannya untuk mereka. Untuk pengetahuan semua, Che Ta ditemu bual oleh Murai.my semasa majlis pengenalan dirinya sebagai duta kempen Jouls Luxe Fabrics for Rozita Che Wan sempena Hari Wanita Sedunia pada Selasa lalu. - CARI
|
kakigojes replied at 10-3-2022 03:07 PM
Brapa kali ulang tahun ke 49
anilanil replied at 10-3-2022 04:04 PM
Umur nekta ni ikut tahun lompat. Naik 1 tahun sekali tiap 4 tahun. Tahun ni 49, maknanya tahun 2026 ...
anony-mous replied at 10-3-2022 04:33 PM
Kenapa i pon rasa mcm ni? Ni tahun pertama dia guna angka 49
anilanil replied at 10-3-2022 04:04 PM
Umur nekta ni ikut tahun lompat. Naik 1 tahun sekali tiap 4 tahun. Tahun ni 49, maknanya tahun 2026 ...
enot_sibudak replied at 10-3-2022 04:38 PM
mmg 49..sbb dia sama baya kakak iols.. 1 skolah dulu masa kt kedah.. dia mmg 49 thn depan 50...
kakigojes replied at 10-3-2022 03:07 PM
Brapa kali ulang tahun ke 49
enot_sibudak replied at 10-3-2022 04:38 PM
mmg 49..sbb dia sama baya kakak iols.. 1 skolah dulu masa kt kedah.. dia mmg 49 thn depan 50...
ADVERTISEMENT