CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-Anak Sedih Tapi Reda, Ayah Tekad Nak Duduk Terus Di Makkah Lepas Ibu Meninggal

10-3-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9398| Komen: 142

Kuantan: Cukup berat hati Zakiah Nuraihan Muhammad Shaharuddin melepaskan bapa tersayang berhijrah ke Makkah, Arab Saudi dan terus menetap di sana.

Bagaimanapun, Zakiah Nuraihan, 32, dan tiga adik-beradiknya akur demi menunaikan hasrat bapa mereka, Muhammad Shaharuddin Saadon, 65, yang sudah sekian lama terpendam.


Foto: Harian Metro

Kisah ini mendapat perhatian selepas Zakiah Nuraihan memuat naik video di TikTok yang menunjukkan rakaman detik terakhir bersama bapanya dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di TikTok.

Bercerita lanjut, Zakiah Nuraihan yang menetap di Bukit Setongkol, di sini berkata, bapanya sudah lama meluahkan hasrat untuk menetap di Makkah dan sepatutnya bertolak ke sana pada Mac 2020 namun terpaksa ditangguhkan kerana penutupan sempadan negara akibat pandemik Covid-19.


Selepas dua tahun menanti, Zakiah Nuraihan berkata, impian bapanya menjadi kenyataan dan sudah bertolak ke Makkah, kira-kira 6.50 petang kelmarin.


Foto: Harian Metro

"Sejak mama (ibu, Saniah Suratin) meninggal dunia lima tahun lalu, ayah tidak banyak bercakap dan kelihatan sering termenung.

"Ayah juga banyak habiskan masa pergi ke masjid sekitar Kuala Lumpur, mungkin kerana dia sunyi serta tiada teman berborak di rumah sejak mama tiada.

"Ada yang cadangkan ayah berkahwin supaya pasangannya dapat bantu jaga makan pakainya namun ayah enggan dan beritahu bukan itu yang dimahukan.

"Sebaliknya, ayah beritahu abang long (abang yang sulung) hasratnya adalah untuk berhijrah ke Makkah," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Zakiah Nuraihan berkata, dia tidak terkejut apabila dapat tahu hasrat bapanya kerana ibunya pernah memberitahu hal itu sebelum meninggal dunia.

Bagaimanapun, dia dan adik-beradik tidak menyangka bapanya bersungguh dan nekad dengan keputusannya.

"Sepanjang dua tahun ini, saya cuba memujuk ayah untuk terus menetap di sini malah 'mengumpannya' dengan anak saya iaitu cucu tunggalnya (Aleesa Maryam Mohd Ridzuan, dua tahun tiga bulan).

"Saya cuba buat cerita sedih dengan harapan ayah berubah fikiran dan tidak jadi ke sana apabila teringatkan cucunya membesar tanpa datuk namun dia nekad dan suami (Mohd Ridzuan Setiman, 35) juga minta saya relakan pemergiannya.

"Lagipun, ayah bersungguh sangat dan kecewa apabila hasratnya tidak kesampaian dua tahun lalu. Disebabkan itu, ayah terlalu gembira apabila Menteri Kesihatan (Khairy Jamaluddin) mengumumkan jemaah mengerjakan umrah semula kerana membolehkannya berlepas ke Tanah Suci.

"Ayah sangat teruja hingga semangat untuk membeli jubah dan kain pelikat baru bagi dibawa ke sana," katanya.

Zakiah Nuraihan berkata, bapanya akan menyewa bilik di Makkah dan urusan untuk menetap di sana dibantu oleh seorang ustaz yang juga ejen ibadah umrah.

"Jujurnya, saya tidak kenal ustaz secara peribadi dan sekadar tahu ayah berkenalan dengannya di masjid.

"Ustaz itu dan menantunya yang bantu uruskan semuanya cuma dia (ustaz) akan pulang selepas mengerjakan umrah jadi tinggal ayah saja di sana.

"Selepas tiba di sana, ayah ada kirimkan WhatsApp gambarnya di depan Kaabah dan sampai sekarang saya masih tidak tidur lena memikirkan makan pakai ayah di sana selain risau ada yang mengambil kesempatan dengannya.

"Kiranya, saya kerap juga WhatsApp ayah sejak dia di sana untuk bertanya khabar namun tergamam apabila ayah balas dengan meminta jangan risau dan beri ruang untuk beribadah dengan tenang sehingga jadi serba salah saya dibuatnya," katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok yang tular, Zakiah Nuraihan berkata, dia tidak menyangka video berkenaan akan tular.

"Alhamdulillah, ramai yang mendoakan ayah dan ada juga minta saya jangan risau kerana ramai komuniti Malaysia ada menetap di sana.

"Walaupun sedih, saya cuba reda dengan penghijrahan ayah. Saya juga berharap mereka yang ke Tanah Suci dan terserempak dengan ayah di sana untuk menegurnya dan bantu tengokkan keadaannya bagi pihak kami sekeluarga," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 10-3-2022 11:44 AM
dia duduk sana atas visa apa?
macam senang je nak migrate..
kerja apa kat sana and belanja hidup seharian macam mana?
Quote auntieagony 10-3-2022 11:48 AM
Mcm mana boleh berhijrah ke sana?
Visa pelancong cuma tahan selama sethn jer, itupun selepas 90 hari kena keluar Arab Saudi dulu, kemudian boleh masuk semula.

Quote sukacactus 10-3-2022 11:52 AM
prettyuglybabe replied at 10-3-2022 11:44 AM
dia duduk sana atas visa apa?
macam senang je nak migrate..
kerja apa kat sana and belanja hidup seh ...

Perkara yg sama dlm kepala aku ni
Mudah betul nak migrate
Quote imanjannah 10-3-2022 11:53 AM
apa prosesnya nak dok sana ye
Quote manehnya 10-3-2022 11:55 AM
kan, klu senang urusan bleh dok sana terus, aku pun nak..
Quote lurve82 10-3-2022 11:56 AM
pki visa pelajar eh..masuk la madrasah mana2 kat sana..ntah betul ke tak xtahu ler...
Quote uori 10-3-2022 11:56 AM
dia ke sana keje petik kurma ke apa
Quote TeropongThaico 10-3-2022 11:57 AM
Alhamdulillah. Tapi camne nak migrate gitu ya. Harap sesapa yg tahu boleh share. Kadang terfikir gak yg berhijrah selain disebabkan kerjaya camne deols buat
Quote Artemesiaa 10-3-2022 12:14 PM
Dah tular macam ni mesti ada yang akan siasat
Quote asamfish 10-3-2022 12:20 PM
Jangan duduk sana secara haram sudah!  To me he is so selfish!  Tinggalkan anak2/keluarga semata2 utk diri sendiri.  Nak beribadat, di mana2 pun tuhan akan terima ibadat makhlukNya.
Quote forex 10-3-2022 12:21 PM
Artemesiaa replied at 10-3-2022 12:14 PM
Dah tular macam ni mesti ada yang akan siasat

betul, immi saudi
Quote TabletSusu 10-3-2022 12:25 PM
masa mula2 aku tgk kat tiktok dia.. aku igtkan ayah dia meninggal kat mekah nuuu

baca kat sini br aku tau ayah dia nak terus duduk sana
Quote tripleid 10-3-2022 12:25 PM
tak perlu nak show off sgt kak..ntah2 dok sana baru sebulan dua dah rindu ank cucu, gulai tempoyak,budu menggelupur nak balik kg
Quote darkness 10-3-2022 12:27 PM
Aku pun terpikir benda sama...visa mcmna? Xkan stay sana sampai bila2? Sedangkan dlm malaysia ni.setahun skali.renew pass kepada yg kawen warganegara
Quote ezacbee 10-3-2022 12:27 PM
manehnya replied at 10-3-2022 11:55 AM
kan, klu senang urusan bleh dok sana terus, aku pun nak..

Kannn.. lepas pencen dok sana trus. Untung2 tau cakap arab.
Quote prince_marhaen 10-3-2022 12:28 PM
harap tidak duduk secara illegal lah.... niat dan hasrat dah murni dah...tapi kena juga guna jalan yang betul, nak cari rezeki pun nanti berkat.
Quote nazurah 10-3-2022 12:33 PM
tengok kat dokumentari... kawasan hitam di saudi arabia, kesian tengok pekerja2 asing tu... yang kita selalu nampak mekah madinah aje, cantik dan wangi
Quote Friska 10-3-2022 12:37 PM
Semoga ndak jadi PATI di Mekah
Quote musangbodoh 10-3-2022 12:40 PM
salah bod nih

Lihat semua komen(142)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.195476 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top