Seremban: Keluarga kepada wanita yang koma akibat dipukul suami, Jahidah Nordin, 43, kini buntu selepas keadaan wanita itu tidak menentu selepas disahkan positif Covid-19 minggu lalu.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, doktor menghubunginya beberapa kali untuk memaklumkan keadaan Jahidah yang memerlukan proses bantuan pernafasan (CPR). Menurutnya, kakaknya itu selesai menjalani tempoh kuarantin selama sembilan hari pada 6 Mac lalu dan dipindahkan semula ke wad biasa di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban. "Kali ke berapa doktor panggil lagi nak explain (terangkan) mengenai kakak. Dengan keadaan kakak macam tu, badan makin lemah. Risiko jantung berhenti.
"Kalau terjadi keadaan lagi teruk, kami pun tak mengharapkan macam tu. Perlukan persetujuan waris untuk buat CPR. Tapi keadaan itu akan menyeksakan dia. Dia memang terlantar, banyak kesakitan yang dia lalui selama hampir setahun," katanya yang berkongsi luahan perasaannya mengenai keadaan Jahidah di Facebook (FB). Fauziah yang menjaga anak kakaknya, J Eshan Nufail melahirkan rasa sebak dan risau memikirkan keadaan Jahidah memandangkan wanita itu tidak boleh meluahkan kesakitannya akibat berada dalam keadaan koma. "Ya Allah, memang saya tak nak lagi seksa kakak tapi bila fikir Nufail, sebak rasa. Tak henti mengalir air mata. "Saya selalu fikir positif sebab mahu sedapkan hati yang kakak akan sembuh. Tapi bila fikirkan keadaan dia, sampai bila dia macam itu, hidup hanya di katil, otak rosak kekal, mungkin kalau saya di tempat kak Jahidah pun saya akan minta redakan untuk pergi. Apa yang harus aku buat ya Allah," luahnya. Harian Metro pada 24 Februari lalu melaporkan Jahidah yang masih koma disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di HTJ berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini. Jahidah dikejarkan ke hospital dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik pada 21 Januari lalu. Terdahulu, Jahidah dibenarkan pulang selepas selamat melahirkan bayi lelaki, J Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021. Harian Metro pada Mei lalu melaporkan penjawat awam berusia 43 tahun itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bharu selepas dipercayai dicederakan suaminya pada 4 Mei lalu. Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma disebabkan kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun. -CARI Sumber: Harian Metro
|
prettyuglybabe replied at 10-3-2022 11:35 AM
apa jadi dengan laki lahanat dia ye?
dah kena tangkap ke?
naina replied at 10-3-2022 11:40 AM
Ntahla..aku pun tak tahu nak buat apa situasi koma kekal cmtu.. aku doakan semoga Allah mudahkan seg ...
manehnya replied at 10-3-2022 11:49 AM
ada dlm tahanan tgu kes kan?
mmg sian la kes jahidah ni, silap pilih suami saja, so girl kalau nk ...
azimodin replied at 10-3-2022 02:00 PM
Dari view point waris yg ada pengalaman jaga pesakit yg kebarangkalian sembuh amat rendah, pilihan t ...
azimodin replied at 10-3-2022 02:00 PM
Dari view point waris yg ada pengalaman jaga pesakit yg kebarangkalian sembuh amat rendah, pilihan t ...
azimodin replied at 10-3-2022 02:00 PM
Dari view point waris yg ada pengalaman jaga pesakit yg kebarangkalian sembuh amat rendah, pilihan t ...
ADVERTISEMENT