Persidangan “Erican International English Language Training (ELT)” Program 2015 untuk guru-guru besar dan guru-guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah & menengah akan diadakan pada 1 Ogos 2015 di Dewan San Choon, Wisma MCA. Program tanggungjawab sosial korporat ini dianjurkan oleh Pemuda Malaysian Chinese Association (MCA Youth) bersama dengan The Malaysian English Language Teaching Association (MELTA), Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Besar Malaysia dan Erican Education Group untuk menaiktaraf kebolehcapaian penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Ketua Pemuda MCA, YB Senator Chong Sin Woon berkata persidangan itu akan memberi fokus terhadap kaedah terkini pengajaran Bahasa Inggeris oleh pakar terkenal tempatan dan antarabangsa bagi meningkatkan kemahiran mereka secara kreatif. "Untuk meningkatkan kecekapan penggunaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar, kita perlu mempunyai guru Bahasa Inggeris yang berkualiti dan inilah yang menjadi matlamat persidangan ini," katanya pada sidang media tersebut.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Erican Education Group, Datuk Eric Chong berkata persidangan itu akan mendedahkan para guru kepada pengetahuan dan kemahiran profesional dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Persidangan ini akan menampilkan beberapa pakar terkenal dalam bidang pendidikan ELT: • Dr. Derek Irwin, Ketua Pusat Pengajian Bahasa Inggeris Universiti Nottingham • Assoc. Prof. Dr. Teh Chee Seng, Naib Presiden MELTA • Prof. Dr. Ganakumaran Subramaniam, Presiden MELTA • Datuk Eric Chong, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Erican Education Group • Scott Munroe Allford, Ketua Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Inggeris, Erican Education Group Untuk sebarang pertanyaan yang selanjutnya, sila hubungi Erican Education Group di talian 03-2164 9999 atau e-mel: [email protected]. |
ADVERTISEMENT