Walaupun sedang hamil anak kedua, ia sama sekali tidak menghalang pelakon Elfira Loy, 28, untuk terus aktif ketika bercuti di salah sebuah pusat peranginan.
Video dikongsikan itu memaparkan Elfira yang memakai gaun berwarna sedondon dengan suaminya, Faris Khairol Anuar berada di platform di tengah-tengah sebuah kolam renang untuk 'maternity shoot'.
Menerima pelbagai reaksi di ruangan komen, Elfira menerusi IG Story tampil menjelaskan dia pada awalnya merasakan jarak antara platform dan tepi kolam tidaklah terlalu jauh.
Katanya, perasaan untuk melakukan lompatan berkenaan sama seperti wanita hamil yang teringin untuk makan sabun.
"Saya sudah fikir semalaman untuk buat atau tidak tetapi untuk bekas atlit lompat jauh, saya rasa itu kacang je. Apabila sudah sampai rasa kecut perut. Tapi nak sangat. Saya rasa mengidam nak lompat sebab sudah lama rancang untuk lompat.
"Kalau fikir, 'kalau jadi apa-apa macam mana?'. Banyak lagi 'kalau' dekat semua benda boleh terjadi. Saya percaya Allah lindungi," katanya yang lebih selesa berkasut tumit tinggi.
Turut mengulas komen netizen yang mengatakan aksi sedemikian akan menjadi bahan kecaman, wanita berkata seiring peningkatan usia dia sudah tidak kisah dengan pendapat negatif orang lain.
"Apa yang saya nak sampaikan, kecaman itu adalah diri anda. Tak payah salahkan orang lain. Benda yang baik, yang elok tak ada pula anda sibuk komen," katanya.
Terdahulu, Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris pada 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Pernah pulak si bulu-bulu nih bijak. English sheolls hauk ya. Tak boleh lupa incident dia tulis caption berkenaan 'cost' tapi dia tulis 'cause'. Alasan excited sangat tak kisah ayat betul ke tidak. Itu pun dah nampak bangang.
Hati2 la nak dapat anak bukan senang, katanya baby girl kan so blm tentu lagi lepas2 ni boleh dapat lagi.
Jadi jagala baik2, kawan iols masa pregnant selalu lompat longkang besar gak bila turun bas balik keje nak g seberang ke umah dia.
Tapi dia kena masuk awal wad sbb ada masalah uri ke bawah tu placenta previa kot. Takleh beranak normal kena czer 2 bulan gak kot kena duk wad sampai beranak.
Tasikchini replied at 10-3-2022 11:20 AM
seriau aku tengok ko lompat
Iols sejak kes eksiden yg terkeluar baby tu mmg seriau je tengok mana2 mak buyong terlebih aktif ni. Takat berlari tu ok lagi tapi lompat2 ni aduh mmg mengidam ni kita kena layan ke walau ianya bahaya??
kat OOD Desaru...sema retis yg holiday sini sema buat aksi lompat2 kat situ...marion, awal & scha, anak beranak naza..kira dh mcm trend la main lompat2 kat situ..acik kening ni pon nak buat la jgk