CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"“Sungguh-Sungguh Saya Doa Sehingga Menangis Di Sujud Terakhir" Ezreena Amir Hamzah Kongsi Kisah Mula Berhijab

10-3-2022 01:48 AM| Diterbitkan: bubuk_bearbear| Dilihat: 7495| Komen: 33



Selain Hawa Rizwana Redzuan, penonton setia Buletin Utama TV3 pasti sangat mengenali penyampai berita jelita, Ezreena Amir Hamzah.

Pasti juga ramai yang mula perasan Ezreena yang sebelum ini "freehair" kini tampil di kaca televisyen dengan imej berhijab.

Berkongsi kisah penghijrahannya di laman Instagram, Ezreena yang mula berhijab bermula 1 Mac yang lalu yang juga kebetulan jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk dan Mikraj mengakui sudah lama memasang niat untuk berhijab namun sebelum ini hatinya belum terbuka.


“Apa yang membuat saya berubah?

Kisahnya begini.

“Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung ada lah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.

“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yang menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital, dan terus dipantau sehingga lah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik.

“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya. I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yg kami mampu lakukan.

“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abang saya. Dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu. Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia,” tulisnya.

Isteri kepada pembaca berita TV3, Asrul Nizam Kadir, ini turut meluahkan rasa syukur selepas abangnya dikatakan telah menunjukkan tanda-tanda positif dan dibenarkan untuk pulang ke rumah

“Seminggu-dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah SWT masih memanjangkan usianya. Allah SWT beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah. Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia, dan berikan sokongan emosi.

“Seminggu saya di kampung, saya terfikir. sejahil-jahil saya, Allah SWT cuba juga berikan apa yang saya inginkan.

“Dan saya juga ada berdoa pada Allah SWT, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yang Zill tunjukkan,” kongsinya lagi.


Kata ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dirinya berasa amat bertuah kerana dikurniakan suami yang sangat memahami dan mendukung setiap keputusannya.

“Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan? Dan bila terbayang muka suami, yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, menguatkan lagi hati saya.

“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac, yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj.

“Satu Perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.

“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yg mendoakan. Appreciate that so much,” akhirinya.


Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan netizen turut berasa sebak membaca perkongsian Ezreena namun tumpang gembira dengan kisah penghijrahan seterusnya mendoakan semoga Ezreena terus kekal istiqomah.



Alhamdulillah, semoga kisah penghijrahan Ezreena ini dapat dijadikan inspirasi buat wanita-wanita Muslim diluar sana untuk terus berubah ke arah lebih baik. - CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Emilyyyyy 10-3-2022 01:56 AM
Alhamdulillah.
Quote MidoriHijau 10-3-2022 02:05 AM
Cat kelate tu mana2 post artis ade je dia eh
Quote BungaTepiMeja 10-3-2022 02:09 AM
laki bini penyampai berita tv3 kan... tapi pernah ke dorang duet baca berita sama2? gurau jek

alhamdulillah...hidayah itu milik Allah untuk orang2 yg ingin berubah
Quote kucim 10-3-2022 02:14 AM
Trend org bertudong zmn laa...dan cerita2 mistik berpisah tiada
Quote MarryPottet 10-3-2022 02:35 AM
Nasib baik sejadah tak melekat kat dahi
Kalu tak, dah jadi yatt sejadah 2.0

Ehhhh ....retis kerrr dia ni weiii?
Quote natrahn 10-3-2022 08:41 AM
MidoriHijau: Cat kelate tu mana2 post artis ade je dia eh
hahahahha kawan2 dia semua selebriti kot

Quote kechikchomel 10-3-2022 08:56 AM
baru tau yg tu laki dia
laki bini pembaca berita yg iolss tau mior abdul malik-hazlin hussain je la. rasanya hazlin tu pun dah tukar ke tv9 kot.
Quote babelina 10-3-2022 09:09 AM
alhamdulillah syukur.. moga Allah menambah segala kebaikkan dlm hidupnya.. Amin Yra..
Quote prince_marhaen 10-3-2022 09:20 AM
MidoriHijau replied at 10-3-2022 02:05 AM
Cat kelate tu mana2 post artis ade je dia eh

hahahahaha meols pun perasan benda yang sama...each time ada screenshot IG retis, mesti ada komen dia... semua issue dia ada macam Ellie Toh Ting Tong makeup tebal macam pondan tu...hihi
Quote bukannasigoreng 10-3-2022 09:27 AM
Alhamdulillah, cantik!
Quote makton 10-3-2022 10:12 AM
baca tajuk tred terus aku terbayangkan kisah yat sejadah
Quote messymimi 10-3-2022 11:37 AM
BungaTepiMeja replied at 10-3-2022 02:09 AM
laki bini penyampai berita tv3 kan... tapi pernah ke dorang duet baca berita sama2? gurau jek
...

pernahhh...nah iols tepek kan link

[youtube]uB83KxFx0zo[/youtube]
Quote mohabbatein 10-3-2022 04:15 PM
yang 999 tu nanti mesti berhijab jugak sebab tengok ex pengacara 999 bila dah tukar orang mesti berhijab macam hanim.. hazlin, zakiah anas
Quote QueenIsolde 10-3-2022 06:21 PM
'Penyampai berita jelita' biar betul
Quote nuryakmal 10-3-2022 07:03 PM
Yaa.. thats what they say.. at first. After that , things happen , tuptup , saya belum bersedia utk berhijab.

Dude. Just do it senyap2 sudahlah.. people would appreciate you for that.
Quote makadek 10-3-2022 07:23 PM
Beriaa sgt pakai je lah
Quote kiah_mai_pulak 10-3-2022 07:33 PM
ingtkan anak ND lala.. haha
Quote 4cupcakes 10-3-2022 07:44 PM
messymimi replied at 10-3-2022 11:37 AM
pernahhh...nah iols tepek kan link

Time ni dah kawen ke?
Quote umbut 10-3-2022 07:49 PM
Nak bertudung pun nak nangis2. Pakai je lah kalo nak pakai. Koserrr

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.057868 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top