Isteri kepada penyanyi Yonnyboii, Nik Nazira Narriman yang tampil tidak bertudung ketika Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) Ahad lalu mencetus rasa kurang senang dan telah mengundang kecaman netizen. Menyedari dirinya dikecam, Nazira tetap menerima dengan hati terbuka kecaman yang dilemparkan netizen dan menurutnya, dia masih dalam proses belajar bertudung sejak setahun lalu. “Saya tak kisah apa pun orang nak cakap. Sebenarnya saya baru saja cuba-cuba bertudung. Yang dah lama kenal dan follow saya di media sosial, mereka mesti dah lama tahu. “Bukannya saya memang seumur hidup dah bertudung dan sekarang baru buka..saya sedang belajar dan mencuba bertudung masa PKP dulu. Setiap orang ada jalan masing-masing, kita manusia tak boleh jadi sempurna dalam sekelip mata,” katanya seperti mana dipetik dari mStar.
|
makton replied at 10-3-2022 01:08 PM
aku setuju dgn sesetengah komen netizen yg minta laki dia terus pakai mask je.
Mcm haqiem rusli elok ...
ADVERTISEMENT