Pelakon dan selebriti serba boleh, Roslan Shah, menempelak dakwaan ramai yang menganggap dirinya berbohong mengenai soal kesihatannya gara-gara terlihat sedang bersuka ria di Genting Highland baru-baru ini.
Berharap peminat dan warganet tidak terus tersalah anggap, Roslan menjelaskan dia telah mendapatkan kebenaran doktor untuk keluar rumah dan dalam masa yang sama menerima baik pelawaan sahabatnya, penyanyi Sufie Rashid dan isteri untuk makan bersama di sana. “Niat Sufie dan isteri tercintanya nak bawa saya pergi makan dan beri kejutan hingga pergi ke Genting Highland dan Johor Bahru. “Memanglah ramai terjumpa saya di luar sampai ada yang tanya khabar kesihatan saya.
“Ramai juga yang nak bergambar dan peminat pun mendoakan kesihatan saya. Rasa terharu pun ada. Tak tahu cerita jangan suka tuduh melulu. Jangan cakap saya propalah dan berikan tohmahan cakap yang bukan-bukan serta kecaman,”katanya.
|
annadonna replied at 9-3-2022 11:53 PM
Kalau setakat pengsan sebab bp shoot up bukannya ambik masa lama pun nak sembuh. Bp turun dia okay l ...
kucim replied at 10-3-2022 02:17 AM
Habis ko expect org sakit ni hanya layak terlantar di katil je ke...
ADVERTISEMENT