CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mention Terus..." - Iqram Dinzly Tampil Bidas Kenyataan Syafie Naswip

9-3-2022 04:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 5410| Komen: 31|Original author: Tatod


Terdahulu, pelakon mencipta nama menerusi filem Mukhsin meluahkan kekecewaannya terhadap individu yang menggunakan publisiti murahan untuk tujuan promosi drama.

Walaupun tidak menyatakan mana-mana individu, aktor Iqram Dinzly yang membintangi drama bersiri Hati Yang Dikhianati bagaimanapun menyedari kenyataan berkenaan ditujukan buatnya.

Hal itu kerana pelakon berkenaan baru-baru ini mengakui pertelingkahan antaranya dengan Mona Allen gara-gara babak cekik hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka.


Iqram menerusi beberapa siri hantaran di IG Story telah memetik nama Syafie selain berkongsi semula muat naik yang dibuat oleh pelakon berusia 30 tahun itu.



Tidak berhenti di situ, pelakon berusia 41 tahun itu terus meluahkan ketidakpuasan hatinya menerusi beberapa siri hantaran membidas kenyataan Syafie.

Kata Iqram, andai dia boleh menghormati cara Syafie berhibur iaitu menari dengan iringan lagu Bollywood maka tidak perlulah aktor berkenaan lebih 'kepochi' berbanding kelompok individu yang suka mengata.

"Jangan cemarkan diri yang menang anugerah tapi terlebih acah. Dalam keluarga Hati Yang Dikhianati pun ada ramai legend yang menang anugerah tetapi mereka faham dan hormati, tidak ada pun yang nak up story acah berseni.

"Rasa hebat sangat diri sampai method dan lakonan semata-mata pun keliru dalam menilai?

"Senang cerita, masing-masing ada cara pembawaan. Kita ikut arus peredaran zaman. Kau boleh terima, ambil. Tak boleh, abaikan saja," katanya.





Hasil tinjauan di IG Syafie, muat naik mengenai isu publisiti murahan itu sudah pun dipadamkan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 9-3-2022 04:59 PM
Hahahaha, berani buat gimik, kene tegur terus sentap.
nk kate bongok dah beso.
Quote anony-mous 9-3-2022 05:01 PM
Team Mukhsin! Mmg murahan sgt. Vavi sgt cara nk naikkan drama last2 smpi ke sudah x trend pon drama . Yg aku tau both ikram & mona attention seeker
Quote babelina 9-3-2022 05:05 PM
aku jd x suka ngn mona tu.. penipu nk mampos!!! konon ayat ko.. "sapa yg kenal mona taw la mona cmana".. murahan bt;l gimik korg!!!
Quote MatDeghem 9-3-2022 05:23 PM
babelina replied at 9-3-2022 05:05 PM
aku jd x suka ngn mona tu.. penipu nk mampos!!! konon ayat ko.. "sapa yg kenal mona taw la mona cman ...

Ini case desperate lah...... sampai ke tahap sampah gini


Quote laksmanabentan 9-3-2022 05:27 PM
sampahhhh laaaa...

#teammuhsin
Quote auntyonion 9-3-2022 05:33 PM
Eh 41 dah umur dia
Quote kiah_mai_pulak 9-3-2022 05:48 PM
marketing je ni
Quote MatDeghem 9-3-2022 05:57 PM
kalau si iqram yang buat gimik boleh juga lah terima dengan tahap sewel dia. tapi si mona tu kan retis professional dan suami nya pulak retis graded. buat gimik sampah juga. kesian retis malaysia......
Quote babycc 9-3-2022 06:03 PM
Mukhsin tu tulis 1 post je.. berdas2 die mbalas..
Quote Thunderclouds 9-3-2022 06:46 PM
Hahahahaha..kwn tu ckp sepatah dia balas bkajang2. Macaaaammmm ___________(fill in the blank)
Quote noorhairiahma 9-3-2022 06:53 PM
Thunderclouds replied at 9-3-2022 06:46 PM
Hahahahaha..kwn tu ckp sepatah dia balas bkajang2. Macaaaammmm ___________(fill in the blank)

macam norreen.


Quote kechikchomel 9-3-2022 06:57 PM
Dia ni mengata org lain jugak ke ni? Dato' beli buka aib mak sendiri, doc. bapok?

Iolss rasa muhsin tu pun malas nak pjg² citer. Tu yg dia delete je post dia tu
Quote azimodin 9-3-2022 07:02 PM
Ni la retis zaman sekarang, sendiri cari pasal pastu sendiri gila noreen.
Quote OyaTonggek 9-3-2022 07:33 PM
mmg bongok dedua ekor ni..mona alien kena cekik tp sakit kt pipi...cam bangang je
Quote KelisaSilver 9-3-2022 07:44 PM
aku doa tak sapa tgk citer dua eko sakai ni, 1 sakai pompuan, 1 sakai laki, elok la 2 eko tu. kesian, sampai mcm tu sekali nak suh org tgk citer dia
Quote scarflicious 9-3-2022 07:53 PM
Ler... Content ke. Cheap lah sgt.
Quote imransulaiman 9-3-2022 08:00 PM
Yeke cekik mencekik tu gimik?? Ke nak cover line sebab Mona Alien tu dah termerempan di medsos?
Quote doubleharmonic 9-3-2022 08:04 PM
eh noreenzly ko sendiri yang buat gimik nak orang sebut2 bila dah kena sebut meroyan pulak dah kenapa ni noreen?
Quote asfaz 9-3-2022 08:04 PM
kechikchomel replied at 9-3-2022 06:57 PM
Dia ni mengata org lain jugak ke ni? Dato' beli buka aib mak sendiri, doc. bapok?

Iolss rasa muhsin ...

Boleh tak ai teka dato tu yg masuk gv tu yg terkemut2 senyum

Ai teka aje tau

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-10-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.132999 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top