Pelakon dan pelawak, Mat Over, 70, kesal dengan segelintir penerbit yang tidak menghargai orang lama dan berpengalaman sepertinya apabila menawarkan bayaran rendah.
Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Mat Yasin berkata, perkara ini boleh membunuh bakat pelakon dan industri hiburan sendiri. "Bab bayaran kena tengok pada penerbit juga. Ada yang nak kita tapi bila kita minta harga dia tak bagi. Dia tak pandai nilai harga saya. Itu sebahagian kerenah penerbit yang saya lalui dan mereka patut kena pergi sekolah semula," katanya kepada Harian Metro. Mat Over berkata, paling dikesali penerbit yang berbuat demikian terhadapnya ialah orang lama dan sangat popular dalam bidang ini.
"Dia tak pandai hargai saya, tapi kalau bercakap memang pandai. Dia tak bagi harga yang saya nak, jadi saya tak ambil tawaran berlakon dengan produksinya. "Saya pun bukanlah 'demand' harga yang melampau. Saya cari rezeki halal. Kalau letak harga dua atau tiga kali ganda nilainya, itu rezeki haram. "Nilailah saya menerusi pengalaman, keringat dan tenaga saya. Saya cari rezeki halal. Penghujung umur begini saya bukan nak cari 'glamour' lagi," katanya. Menurut Mat Over, bukan semua penerbit begitu kerana ada yang sangat menghargai pelakon. "Saya bukan jenis berdendam. Sekiranya penerbit itu panggil berlakon dengan harga yang sesuai, saya akan terima. "Pada saya pengurus produksi yang sepatutnya mainkan peranan penting. Mereka yang banyak 'main harga' pelakon sedangkan mereka patut menilai. Saya minta maaf, saya bukan terdesak sangat. Kalau tak pandai menilai harga saya susahlah," katanya yang kini terbabit dengan drama Scammer 2 terbitan Radius One serta projek drama dengan Sabri Yunus. -CARI Sumber: Harian Metro
|
naina replied at 9-3-2022 02:55 PM
Baran orangnya kan. Dulu ada kes tampar orang secara live tu. Dia tampar sapa eh. Lupa la
naina replied at 9-3-2022 02:55 PM
Baran orangnya kan. Dulu ada kes tampar orang secara live tu. Dia tampar sapa eh. Lupa la
naina replied at 9-3-2022 02:55 PM
Baran orangnya kan. Dulu ada kes tampar orang secara live tu. Dia tampar sapa eh. Lupa la
Jitu replied at 9-3-2022 10:03 PM
yg sebelum dgn david teo tu klu tak silap masa main bola pun ada jugak kes mmg org ganu baran2 aga ...
makadek replied at 9-3-2022 10:36 PM
Kau baran tak ...kalau tak baran
Boleh laaaa
Jitu replied at 9-3-2022 10:42 PM
sy menurun belah ayah org Pahang jd tak baran
makadek replied at 9-3-2022 10:43 PM
Kalau mcm tu sesuai sgt
Jaga kaunter seben E
Jitu replied at 9-3-2022 10:03 PM
yg sebelum dgn david teo tu klu tak silap masa main bola pun ada jugak kes mmg org ganu baran2 aga ...
Jitu replied at 9-3-2022 10:03 PM
yg sebelum dgn david teo tu klu tak silap masa main bola pun ada jugak kes mmg org ganu baran2 aga ...
naina replied at 9-3-2022 10:45 PM
Tapi jitu tak garang kan. Haha
Bahasa ganu NGN klate pun kasar dan keras
Kalau orang tak biasa mes ...
mamajawie replied at 9-3-2022 10:49 PM
Haah..dia tendang sorang pemain bola time tu..bodo nk mmpos tua mampus tua kutuk ni
ADVERTISEMENT