CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiqin Kamal Nak Jadi Angelina Jolie Malaysia Dan Hairul Azreen Versi Perempuan

9-3-2022 12:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2580| Komen: 13

"Saya nak jadi Angelina Jolie Malaysia," kata pelakon, Shiqin Kamal mengenai impiannya untuk menjadi pelakon yang boleh melakonkan babak-babak aksi.

Shiqin berkata, dia ingin melakukan babak aksi dengan tenaganya sendiri sekiranya diberikan peluang. "Saya nak buat 'stunt' (babak aksi) sendiri. Ya, saya nak jadi Angelina Jolie Malaysia. Kalau jauh sangat, saya nak jadi Hairul Azreen versi wanita. Itu 'target' (sasaran) saya," katanya kepada Harian Metro.

Foto: IG

Selain berlakon, Shiqin juga aktif menyertai latihan seni mempertahankan diri dan juga sukan memanah berkuda.

"Yang saya boleh buat sekarang adalah Muay Thai dan gusti. Selain itu, saya turut serta dalam sukan memanah berkuda," katanya.





Menurut Shiqin, dia ingin belajar pelbagai skil yang boleh digunakan ketika berlakon sekiranya diperlukan.

"Saya fikir, kalau ada orang nak buat filem epik dan bertanya saya boleh menunggang kuda atau tidak, saya akan jawab saya boleh.




"Selepas ini, saya nak belajar bermain pedang, nak ambil lesen selam skuba dan saya nak belajar banyak benda," katanya yang baru memulakan penggambaran drama bersiri berjudul Risik Pada Hati untuk slot Akasia TV3. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 9-3-2022 12:37 PM
Yang laku movie rempit n hantu je..
So ko belajar skill byk2 pun xguna.
Quote Orix 9-3-2022 01:03 PM
sheols ni grad Sains Aktuari kan.... mmg full time berlakon ke
Quote bymirapuzzle 9-3-2022 01:07 PM
Last2 berlakon cite adaptasi novel megah holding rampas cerai curang..and repeat
Quote Mulotkoyak 9-3-2022 01:28 PM
Orix: sheols ni grad Sains Aktuari k ...
ooo bdk actuarial science ke...?  Bangga sekejap... Br nk ngumpat die... Berangan....
Quote salimrock 9-3-2022 03:09 PM
Edited by salimrock at 9-3-2022 03:11 PM
lattehazelnut replied at 9-3-2022 12:37 PM
Yang laku movie rempit n hantu je..
So ko belajar skill byk2 pun xguna.

+ movie, drama anak CEO, bapak datok,

pakai coat, naik mercedes, so masa bila nak golek2, lompat bangunan bagai... melainkan ada skill weelie dan weekang, boleh la kot jd rempit

paling mencabar pn watak pelacur di kelab malam, pegang rokok  dunhill atau pekacur jalan belakang
Quote babelina 9-3-2022 04:18 PM
dia nie klau blakon suara annoying giler.. memek muka ok dh.. tp nmpk kampung cikit la..
impian dia besar.. tp mn la taw 1 hari dia dpt peluang mcm yg dia impikn..
Quote babelina 9-3-2022 04:18 PM
dia nie klau blakon suara annoying giler.. memek muka ok dh.. tp nmpk kampung cikit la..
impian dia besar.. tp mn la taw 1 hari dia dpt peluang mcm yg dia impikn..
Quote auntyonion 9-3-2022 04:21 PM
Dia pernah berlakon cte ape eh
Quote anony-mous 9-3-2022 05:02 PM
Xlepas nk jd angelina jolie. Kalau jd kratik PA si tangmo tu lulus
Quote Aikiko 9-3-2022 05:48 PM
Heheheh...
Anon jangan kasi chance la sket, korg nihh kata nak pelakon internasionale cam HA
Haa kan dah ada yg nak jadi versi gegurl
Quote doubleharmonic 9-3-2022 08:36 PM
herol aznoreen bimbo hauk tu jugak yang ko nak jadi?
Quote miu84 9-3-2022 08:46 PM
Badan dia lawa
Quote uori 9-3-2022 09:10 PM
nak jadi kekrul?



anehnya impian

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.107541 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top