"Wanita atau isteri perlu ada di belakang suami tetapi pada masa kini kita harus ubah persepsi itu. Wanita perlu berdiri sama tinggi dengan mereka.
"Saya ada pengalaman, suami bekerja tetapi saya tidak. Namun, apabila kita mempunyai karier sendiri, suami akan menghormati.
"Wanita atau isteri jangan terlalu bergantung harap pada suami. Lelaki ada dua sahaja, sama ada dirampas atau meninggal dunia. Kalau suami diambil orang, biarkan dan jangan menangis," katanya.