CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Agak, Iqram Dinzly Mengaku Cekik Mona Allen Gimik Je

8-3-2022 06:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6607| Komen: 46

Pertengkaran antara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly yang heboh diperkatakan sebelum ini diakui hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Hati Yang Dikhianati.


Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iqram Dinzlycious berkata kejadian itu hanya gimik yang dirancang untuk dijadikan bualan netizen.


Foto: Via mStar

“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’.

“Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.


“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan Iqram mencekik Mona ketika di set penggambaran hingga mendapat kritikan ramai peminat.

Menurut Iqram, dia sudah lali dengan kecaman dan berharap kemunculannya dalam drama itu mendapat perhatian.


“Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan.

“Orang dah banyak berkata buruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Iqram menjelaskan hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masalah.

Malah dia turut mendapatkan izin suami Mona iaitu pelakon Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran.

“Bukan hanya Mona, seluruh pasukan produksi bagaikan keluarga buat saya. Mereka memberikan aura positif sepanjang di set penggambaran.

“Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontroversi ini akan menerima kecaman. Sebenarnya hubungan kami baik sahaja.

“Sebelum berlakon saya ada berjumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 8-3-2022 06:54 PM
Cam haram J. Korang semua dah kena game
Quote Maniax 8-3-2022 07:08 PM
Dri awal pn dh bleh tau gimik murahan....
Quote Mary_jane 8-3-2022 07:30 PM
Ramai yang fall for it kan? Dah sah2 drama tu dah nak sampai penghujung. Sah lah ilmu membawang acik2 masih di level 1.
Quote Normabaru 8-3-2022 07:37 PM
Pastu nnt org panggil ko Mona Fake Dan Eee Crap  jgn la Terasa ya..

Cheap publicity ni utk lowlife yg xde bakat je
Quote Suchi 8-3-2022 07:37 PM
Oh ni lah si mukhsin tu duk soksek mcm bengang je.

Korang kena sedar zaman ni tanpa gimik dan viral mmg sendurina jelaa
Ni semua sebahagian drpd marketing.
Herannya ramai plak komen2 marah kecam mona sbb panggil iqram tu mental.
Dah katanya cuma gimik toksah acik2 amik serius sangat memandangkan tuan badan pun tak kesah.
Quote slyfynx 8-3-2022 07:41 PM
Hahahaha, dah agak dah
SAMPAH
Quote Perawankota 8-3-2022 08:01 PM
Dari mula dah tau.. Kalau betul x der lah cantik kk punya video dorg post.. Mesti malu artis2 yg dok memerli selama ni kannnnnn...
Quote orkidorkido 8-3-2022 10:32 PM
Dah tahu sebab tu takde orang layan pun. Orang cuma cakap kau gila jer
Quote TeropongThaico 9-3-2022 12:54 AM
Dah boleh hagak pun...
Quote anony-mous 9-3-2022 12:57 AM
Yg setuju dgn mona tu pon gimik jugak ke?
Quote xtinkerbellx 9-3-2022 01:44 AM
Tgk pon tau. Kalo betul takkan pekin diam  
Quote dudaberhias 9-3-2022 02:04 AM
kalau retis sangkak sendu kepam ni memang takkan dapat tipu iols punya... iols dah lama tau gimik...

terlampau sendu sampai sanggup buat gimik... hujung2 tak naik mana pun nama... lagi seminggu orang dah lupa dan who are yusss kan saja sampai selisih bahu pun orang ingat ngkorang cashier kedai runcit aceh...
Quote zarulnazmi 9-3-2022 08:19 AM
Memang ba alif ba ya diorang semua
Quote she 9-3-2022 08:33 AM
Ye ke gimik

Ke dah setel sesi bermaafan
So cover lah cakap gimik
Sekali nanti Mona kuor stetmen opposite
Quote bungarose 9-3-2022 08:38 AM
Itew ajer ler modal retis2 demi kelangsungan hidup
Jangan jadi the boy who cried wolf udah
Memang boo layan
Quote buragazz 9-3-2022 08:45 AM
Patut la aku tak berminat lansung membaca mahupun mengikuti kisah ni.. rupanya...
Quote I.K.A888990 9-3-2022 09:21 AM
yg aku x phm asal lama sgt citer ni
kalau best xpe gak tapi ini ya ampun jln citer tah pape
Quote prince_marhaen 9-3-2022 09:48 AM
hujung-hujung drama sampah korang tetap orang malas nak tengok..lepas tu takde job jadi acah-acah gila terpaling sufi terpaling isim dalam dunia...terpaling art...butoooo...sama jugak butooo buat minah alleng sendu & produksi sampah...
Quote babelina 9-3-2022 09:48 AM
jijiks!!! ko.. mona.. murahan!!! (geram aku sbb beriya mona tu kn..)

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.048401 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top