CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diva Azwan Ali Digugurkan Serta Merta Dari MIC ON!

8-3-2022 05:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12674| Komen: 67

Pihak pengurusan Awesome TV hari ini mengambil keputusan untuk menggugurkan Azwan Ali daripada tugas pengacaraan bagi program realiti MIC ON! berkuatkuasa serta merta.


Sehubungan dengan itu, pentas utama MIC ON! yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini akan dikendalikan secara solo oleh pengacara bersama sedia ada, Issey Fazlisham.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama demi memastikan keharmonian penerbitan keseluruhan program MIC ON! untuk musim ini dapat diteruskan dengan lancar bagi menghormati semua pihak yang terlibat.


Foto: IG

“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan kami.

“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.

“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” menurut kenyataan hari ini.

Untuk makluman, “MIC ON!” yang bersiaran pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam di saluran Awesome TV (Astro 123) atau MyTV (112) merupakan sebuah program realiti berkonsepkan pertandingan nyanyian komedi terbitan Awesome TV yang menampilkan tiga figura seni tersohor tanah air, Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Mas Idayu sebagai Juri Tetap.

Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan MIC ON! musim kedua bagi merebut gelaran juara.

Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 8-3-2022 05:36 PM
Royan!!!! Saman!!!! Popcornnnn!!!!!
Quote olezzeli17 8-3-2022 05:39 PM
Ok, dh boleh imejin tahap makian dia nanti. Seram.
Quote auntyonion 8-3-2022 05:43 PM
Kenapa digugurkan
Quote KirazMevsimi 8-3-2022 05:44 PM
aduh aduh. bertabah la diva aa. dia dah keluarkan pape kenyataan ke setakat ni? jarang nengok channel awesome tv ni. nengok tv pun jarang sebenar nya haha
Quote holothurian 8-3-2022 05:45 PM
sebab apa digugurkan? kat awesome nie jgk aku rasa selalu nmpk kelibat si syuk. apehal tak amik tindakan yang sama. Semak aku tgk muka syuk kat tv.
Quote laksmanabentan 8-3-2022 05:49 PM
why bother why bother...
puihhhh... ko ingat Diva AA kesah ker??? hellooo...
duit aku berkepok kepok... berkepok kepok....
piuiihhhh....
Quote harkktuih 8-3-2022 05:54 PM
kompem nnt tak hadap job rancangan sampah..billionzzzzzz lg production lain yang offer dia
Quote gekkou 8-3-2022 06:07 PM
sbb duit kepuk2 bawah bantal kan
semua prog dia akan sampahkan
amazed plak AJL dia tak berkokok

Quote pencintaABC 8-3-2022 06:20 PM
Aik..yg Syuk ada masalah peribadi tu elok pulak Awesome TV kekalkan. Diva AA carut produser/ kru ke ni?
Quote EJALTI 8-3-2022 06:24 PM
No hal uols, duit berkepuk2 katanya...
Dislike 100000000000000000000000000x
Quote genUmi 8-3-2022 06:26 PM
marketing kah ini?
Quote laksmanabentan 8-3-2022 06:28 PM
pencintaABC replied at 8-3-2022 06:20 PM
Aik..yg Syuk ada masalah peribadi tu elok pulak Awesome TV kekalkan. Diva AA carut produser/ kru ke  ...

opkos laaa syuk kan kesayangan ramai...
takde maki2 hokeyyy... soft spoken gitu... elok akhlak, budi bahasa lagi...
itu kan masalah rumahtangga gitu...


Quote mojarean_X 8-3-2022 06:48 PM
Mana lg Diva AA nk pergi? Semua station dia bermusuh? Better just dok aman2 kt condo layan kucing je
Quote debab_78 8-3-2022 07:29 PM
Cash la...  sblm ni angkuh sgt mengutuk rancangan tu sampah rancangan ni hanjing... semua rancangan dia jd pengacara paling world class.... Last2 rancangan yg konon world class tu jugak la yg singkirkan dia... Serta merta lagi....
Quote doubleharmonic 8-3-2022 07:38 PM
gegeh taip artikel panjang lebar tapi apa sebab heshe digugurkan ko tak nak citer pulak hah noreen?
Quote JalaEmas 8-3-2022 07:40 PM
Okey da boleh byg berapa bakul carutans heshe..
Quote Aaaaaookkk 8-3-2022 07:40 PM
Knp diva tersohor itu digugurkan?????
Quote Parit.Hilton 8-3-2022 07:58 PM
“Perlu ditegaskan di sini bahawa pihak Awesome TV tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang hal-hal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan kami.


“Pihak Awesome TV juga tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk salah laku atau gangguan yang boleh mencetuskan ketidakharmonian.


“Tindakan keras akan diambil sekiranya berlaku sebarang pelanggaran integriti prinsip tersebut,” menurut kenyataan hari ini.



takkan la dibah AA selalu datang lambat kot
Quote Mary_jane 8-3-2022 08:02 PM
Tercalar lah maruah Diva AA kau srp ke tak? Kau sekolah ke tak? Mesti berguni2 di hamun nya Awesome tv nanti. Diva buat onar apa sampai digugurkan serta merta?

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071942 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top