CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aaron Aziz Minta Henti Sebar Video Kak Long 7E, Risau Anak Jadi Mangsa Ejek Di Sekolah

8-3-2022 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3380| Komen: 36

Simpati dengan nasib seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai berhenti berkongsi kejadian itu di laman sosial.


Aaron berkata, perbuatan terus menyebar video berkenaan adalah tidak wajar kerana seperti yang diketahui ramai wanita berkenaan sudah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya.

Malah dia juga bimbang apa yang berlaku akan menganggu pembesaran anak wanita berkenaan yang turut terdedah dalam video tular itu.

Foto: IG

“Assalamualaikum, saya minta jasa baik semua untuk berhenti repost fasal Kak Long 7E tu.

“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal. Kesian dengan anak dia nanti nak ke sekolah malu diejek ke apa.

“Cerita dah habis biarkan keluarga mereka hidup dengan tenang,” ujarnya.




Nama Kak Long atau Wan Nor baizura hangat diperkatakan selepas dia mengamuk gara-gara anaknya dituduh mencuri di salah sebuah outlet 7Eleven di percayai di Terengganu pada minggu lalu.

Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang dituduh mencuri turut dikecam netizen kerana bersikap biadab terhadap staf kedai berkenaan.

Pada 3 Februari lalu, wakil 7eleven bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontroversi yang melanda.

Bagaimanapun, Kak Long sekali lagi dikecam selepas tular video sedang memaki hamun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.



Sementara itu, Aaron berkata tiada manusia sempurna dan orang yang memaafkan lebih mulia daripada yang menghina.

“Tiada siapa yang sempurna, semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah, itu lagi mulia dari condemn, condemn,” ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 8-3-2022 05:49 PM
anak dia kena ejek?
dengan macam tu punya perangai, entah-entah kaki buli sampai cikgu pun malas nak amik pot..
Quote holothurian 8-3-2022 05:53 PM
eh aaron. apehal banyak bunyi pulak engkau ni. Sebab cerita pendosa kau ke? daripada kau sibuk dengan semua benda, baiklah kau belajar bukak mulut masa berlakon. belajar lontarkan perkataan tu.
Quote cantthinkofany 8-3-2022 05:54 PM
bukan 7E je....now kfc pulak?.....
Quote makadek 8-3-2022 05:56 PM
Peti ais duk dendiam
Quote rosannazmia 8-3-2022 06:02 PM
So skrg ni yg probelem nye kak long 7e ke staff 7e ke staff kfc ke???
Quote Adrif 8-3-2022 07:32 PM
irrelevant to stay relevant   
Quote melinda_kerr 8-3-2022 07:34 PM
Mak sendiri yg gila viral ya. Nk salahkan netizen kenapa.. pegila petik issue lain.
Quote buapakperut 8-3-2022 07:53 PM
Takyah risau cikron, acik kumis suka Dalam diam
Quote Perawankota 8-3-2022 08:09 PM
Anak dia pon mcm kaki buli je
Quote akuHavocczz 8-3-2022 08:38 PM
Mintak puji je ni.
Quote markonahlah 8-3-2022 08:46 PM
Anak dia tak takut org, pembuli adalah
Quote 234126 8-3-2022 10:01 PM
kenapa iol macam dapat rasakan anak dia kaki drama kat sekolah? Walaupun tak salah tapi tetap drama king melampau. Kat 7e pun dah campak tendang barang. Apo. Biar dia rasa pulak kena ejek. Tu ubat dia kadang. Pengalaman mendewasakan.
Quote incess.my 8-3-2022 10:07 PM
Jgn gisau abg aron. Anak kaklong tu taiko sekolah
Quote che-cikL 8-3-2022 10:11 PM
Apa article tulis 3 Februari lak? Baru je kejadian last week. Lemahhh wartawan ni, sama cam moderator opps
Quote gerbera.memopad 8-3-2022 10:58 PM
Banyak pulak benang pasal Mat Haron ni ya.

- Sekian dari daku yang rengsa dengan beliau sejak dulu & tak faham kenapa ummah Malaysia begitu meminati beliau
Quote missyL 8-3-2022 11:12 PM
Lah Patut abe Haron nasihat kn mak die lol
Bkn netz pn amek vid n sebar mak die
So g la tarbiah kt Sumber dulu

Btw kertu btol die dlm cite gay mlm2 tu
Quote missyL 8-3-2022 11:14 PM
gerbera.memopad replied at 8-3-2022 10:58 PM
Banyak pulak benang pasal Mat Haron ni ya.

- Sekian dari daku yang rengsa dengan beliau sejak dulu  ...

Kan
Berlakon xbest pn

Quote kechikchomel 8-3-2022 11:22 PM
Iolss tak tengok pun dedua video tu. Tapi kawan iolss bagitau anak dia pun sama naik dgn mak dia?
Quote 4cupcakes 8-3-2022 11:29 PM
kechikchomel replied at 8-3-2022 11:22 PM
Iolss tak tengok pun dedua video tu. Tapi kawan iolss bagitau anak dia pun sama naik dgn mak dia?

Mak borek anak rintik kee

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.094205 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top