CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dafi Didekati, Tempat Luah Geram Sebab Status Anak PM

8-3-2022 11:54 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1652| Komen: 19|Original author: Tatod


Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kelima, Dafi mendedahkan turut menjadi mangsa kecaman dan cemuhan rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran negara.

Anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu menjelaskan sama sekali tidak mencampuri urusan kerja bapanya.

Berdasarkan laporan Mstar, pemilik nama sebenar Gadaffi Ismail Sabri itu juga memilih untuk mengabaikan komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.


"Saya tidak suka bercakap mengenai perkara yang saya tidak tahu dan politik bukan bidang saya.

"Jika ada komen berkaitan pentadbiran negara, saya tidak berani untuk jawab. Saya tidak mahu terlibat.

"Saya anggap semua komen sedemikian adalah luahan hati individu yang terkesan dengan keadaan semasa," katanya.


Tidak hanya menerima tempias kritikan netizen yang lantang mempertikaikan pentadbiran negara, Dafi turut menyedari ada individu tertentu yang cuba rapat kerana statusnya sebagai anak kepada pemimpin negara.

Pun begitu, seiring peningkatan usia, jejaka berusia 34 tahun itu mengecilkan kelompok rakan-rakannya terhad untuk yang ikhlas bersahabat tanpa niat lain.

"Memang benar, ada yang tiba-tiba cuba rapat hanya kerana saya adalah anak kepada PM tetapi sekarang ini kelompok rakan saya lebih kecil," katanya. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote belilies 8-3-2022 11:56 AM
Ko pun tompang glemer apak ko. Apak jd pm tiber nak nyanyi balik
Quote prince_marhaen 8-3-2022 12:41 PM
kecikkan circle sebab takut terbuat benda yang bukan-bukan ke nokkk?? hehehehehe kalau apak ko tak PM, ko hanya mampu berhalusinasi je lah dalam industri... terus dah tak cengkung ye muka heols..
Quote kucim 8-3-2022 02:05 PM
Nerakazen dgn cercaan berpisah tiada.
Pembuli cyber no.1 di rantau asia adalah jatuh kpd MEsia
Quote incess.my 8-3-2022 10:22 PM
Dak dapi ni keje apa ek selain jd anak pm tepi
Quote anony-mous 9-3-2022 01:02 AM
Tp i ada soft spot dgn dafi ni. Nmpk mcm budak baik. X ada kontroversi over. Masa masuk AF pon xtau dia ank sapa. Unlike ank jahid komedi , nedim, mmg mewarisi kesamsengan bapak masing2.
Quote mendeluk 9-3-2022 01:17 AM
anony-mous replied at 9-3-2022 01:02 AM
Tp i ada soft spot dgn dafi ni. Nmpk mcm budak baik. X ada kontroversi over. Masa masuk AF pon xtau  ...

Betul tu anon. Paling rengsa dgn anak jahid iols tgk anak2 mael semua ok ok. social letak tepi lah tak kisah. tapi anak2 mael nampak terurus sikit. Kiranya pandai jugakla mael n isteri didik anak2.
Quote hangdenim 9-3-2022 01:22 AM
Edited by hangdenim at 9-3-2022 01:46 AM
anony-mous replied at 9-3-2022 01:02 AM
Tp i ada soft spot dgn dafi ni. Nmpk mcm budak baik. X ada kontroversi over. Masa masuk AF pon xtau  ...


Terpaksa setujus. Since baik punyerrr jenis tak masuk campur jadi netizen tak perlu terlalu over hamun heshe kot. Hamun je direct kat bapak heshe kalau ye pun.
Quote AKAZ85 9-3-2022 04:01 AM
Sikit2 anak PM.. Kemaruk sangat ke dengan jawatan apak ko???
Quote supernaturalee 9-3-2022 07:03 AM
"Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim kelima, Dafi"

Bertahun dlm industri still dikaitkan dgn af yg die like million years ago
Bkn juara pun
Not even finalis kot

Tgk marsha...tup tap tup tap
2 award terus sambar di ajl
Dlm 1 mlm je after kerja keras lbh 15 thn

Kau???
Quote mojarean_X 9-3-2022 10:11 AM
anony-mous replied at 9-3-2022 01:02 AM
Tp i ada soft spot dgn dafi ni. Nmpk mcm budak baik. X ada kontroversi over. Masa masuk AF pon xtau  ...

Yelah dh bapanya pun low profile. Kalo x sbb pkp, majoriti rakyat Malaysia masih x kenal bapa dia walaupun dh jd menteri bertahun2.
Quote Suchi 9-3-2022 10:16 AM
Dia ni kira ok sbb tak mencampuri pun bab politik. Jenis buat hal sendiri. Iols tak follow dia kat mana2 socmed tp tak penah nampak lagi dia gaduh2 ngn netizen ke apa. Atau jenis mencapub nak komen semua isu semasa ala2 topinasi bagai tu.
Bagusla dia abaikan je komen2 tu sbb tersilap langkah abis kena SS bagai. Tau jelaa malaysia bab buli siber ni mmg dasat.
Quote auntyonion 9-3-2022 10:17 AM
anony-mous replied at 9-3-2022 01:02 AM
Tp i ada soft spot dgn dafi ni. Nmpk mcm budak baik. X ada kontroversi over. Masa masuk AF pon xtau  ...

Setuju tp.tula..apak lg fofular lak dr dia
Quote Addrianna 9-3-2022 10:41 AM
Relax2 dah lah.memang orang kenal kau sebagai anak PM dari artis.dia pernah couple dengan mila dengan marsha kn?nak tunggu jugak bila dia nak kahwin
Quote anony-mous 9-3-2022 10:54 AM
mojarean_X replied at 9-3-2022 10:11 AM
Yelah dh bapanya pun low profile. Kalo x sbb pkp, majoriti rakyat Malaysia masih x kenal bapa dia  ...

Teruk naw smpai xkenal ismail sabri sblm dia jd pm i kenal jah ismail sabri. At least tau dia menteri.
Quote juruterra 9-3-2022 10:54 AM
mendeluk replied at 9-3-2022 01:17 AM
Betul tu anon. Paling rengsa dgn anak jahid  iols tgk anak2 mael semua ok ok. social letak tepi  ...

kan..rengsa namati dgn k long. terpaling segala...terpaling madu terutamanya. pastu penonggang agama juga
Quote mendeluk 9-3-2022 10:58 AM
juruterra replied at 9-3-2022 10:54 AM
kan..rengsa namati dgn k long. terpaling segala...terpaling madu terutamanya. pastu penonggang aga ...

Iols tak minat anak jahid. Satu keluarga boleh tau perangai mcm mana.. mcm version jahat je aku tengok.
Keluarga mael ini ok lagi nampak lah anak2 walau social tapi tak terokz mcm yang itu .
Quote mojarean_X 9-3-2022 10:59 AM
anony-mous replied at 9-3-2022 10:54 AM
Teruk naw smpai xkenal ismail sabri  sblm dia jd pm i kenal jah ismail sabri. At least tau di ...

Iols kenal je tp kebanyakan rakyat x peduli pun. Cuma since pkp semua terperap barulah dia famous
Quote juruterra 9-3-2022 11:01 AM
mendeluk replied at 9-3-2022 10:58 AM
Iols tak minat anak jahid. Satu keluarga boleh tau perangai mcm mana.. mcm version jahat je aku te ...

byk mkn duit haram
Quote laksmanabentan 12-3-2022 04:16 PM
Suchi replied at 9-3-2022 10:16 AM
Dia ni kira ok sbb tak mencampuri pun bab politik. Jenis buat hal sendiri. Iols tak follow dia kat m ...

dia pun takde prestasi apa pun uoollsss...nak masuk campur camna?? ada knowledge politik ker.. uwahahahaha...
bawa la title anak PM tu kemana2 dengan harapan boleh survived..
hihihihi...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.070380 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top