Walaupun baru berusia enam tahun, alunan suara Eshaal ketika mendendangkan lagu ciptaan kedua ibu bapanya itu cukup baik untuk kanak-kanak pada usia itu.
Menerusi perkongsian video di Instagram Beyshal, anak kepada Akim dan Stacy itu menyambut kepulangan pasangan itu kerana ingin mengucapkan tahniah atas kemenangan mereka.
Atas galakan Stacy dan Akim, anak perempuan mereka itu kemudian mendendangkan bahagian korus lagu ciptaan kedua ibu bapanya itu.
Netizen yang memuji nyanyian Eshaal kemudian meminta kanak-kanak itu menyanyikan 'cover' untuk lagu berkenaan.
Terdahulu, lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik iaitu nama samaran Akim dan Stacy memenangi tempat kedua di pentas AJL36. -CARI