CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ayu Damit Kecewa Tak Dapat Masuk Madinah

8-3-2022 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2835| Komen: 16

Penyanyi Ayu Damit yang menunaikan umrah pada 20 Februari dan pulang pada 2 Mac lalu sedikit kecewa apabila gagal memasuki Madinah atas sebab tiada slot.


Kredit foto: IG Ayu

Ayu berkata, prosedur operasi standard (SOP) di sana sangat ketat dan mereka perlu mendaftar menerusi aplikasi disediakan.

"Berbanding Masjidil Haram di Makkah, kawalan di Madinah lebih ketat. Saya gagal untuk mengunjungi Raudhah yang terletak di dalam kawasan Masjid Nabawi," katanya kepada Harian Metro.



Menurutnya, hampir semua anggota rombongan dari sebuah agensi umrah ini gagal memasuki Madinah. 

"Hanya seorang pakcik yang dapat masuk ke situ. Jemaah lelaki memang senang kerana ada slot, tapi jemaah wanita agak susah kerana tiada slot. Minta jasa baik pun tak dapat. Ramai juga jemaah termasuk dari Indonesia tak dapat masuk.

"Kami dah dipesan dari awal supaya daftar di aplikasi dan ikut apa yang disuruh. Namun apabila sampai di sana kami dapati slotnya penuh setiap masa. Saya memang nak sangat menziarah makam Rasulullah SAW dan banyak berdoa di situ, namun akur tiada rezeki," katanya.



Ayu yang pergi bersama rakan artis, Nita Hamzah berkata, dia tetap bersyukur kerana matlamat untuk menunaikan umrah berjaya dilaksanakan.

"Ia bukan perkara mudah kerana untuk masuk Kaabah pun agak sukar sebab ia dibuka untuk jemaah umrah saja. Mereka yang bukan untuk tujuan itu tak dibenarkan masuk.

"Kena mohon slot umrah. Tujuan saya nak masuk dalam pun untuk solat di Masjidil Haram. Kalau tak sempat masuk, saya kena solat di belakang.

"Apapun saya sangat bersyukur. Enam hari di sana, saya gunakan sebaik mungkin. Saya banyak berada di masjid dan minta apa saja yang dihajati," katanya yang pergi ke sana buat kali kedua.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote annadonna 8-3-2022 09:06 AM
Sejuk hati dengar cerita org ke umrah
Quote pittjie 8-3-2022 10:33 AM
apa ngong sgt tajuk ni. bukan tak boleh mengunjungi madinah la tapi tak dpt masuk raudhah. eee bengong punya wartawan cari.
Quote bintangct 8-3-2022 05:16 PM
pittjie replied at 8-3-2022 10:33 AM
apa ngong sgt tajuk ni. bukan tak boleh mengunjungi madinah la tapi tak dpt masuk raudhah. eee bengo ...

kann.. apa punya tajukdaa
Quote wirazam 8-3-2022 11:11 PM
pittjie replied at 8-3-2022 10:33 AM
apa ngong sgt tajuk ni. bukan tak boleh mengunjungi madinah la tapi tak dpt masuk raudhah. eee bengo ...

Potong elaun wartawan cari
Quote balakkampung 9-3-2022 08:10 AM
pittjie replied at 8-3-2022 10:33 AM
apa ngong sgt tajuk ni. bukan tak boleh mengunjungi madinah la tapi tak dpt masuk raudhah. eee bengo ...

tu la..aku pon pelik baca tadi..hahaha
Quote reddots 9-3-2022 08:50 AM
Masuk Masjidilharam la kaka, bukan masuk kaabah.
Quote KucingBiru 9-3-2022 08:52 AM
Wartawan tak penah pi Umrah, tak boleh bezakan Madinah vs Raudhah.
Quote pittjie 9-3-2022 10:51 AM
reddots replied at 9-3-2022 08:50 AM
Masuk Masjidilharam la kaka, bukan masuk kaabah.

tak ada masalah pun nak masuk masjidil haram tu even sebelum penjarakan dimansuhkan balik ni. cuma nak masuk ke mataf (dataran keliling kaabah) tu yang agak strict. nak masuk situ kena lalu pintu 79 (King Fadh Gate). Situ mmg laluan tuk buat umrah dan ke mataf tu. perempuan senang sikit nak masuk. kalau lelaki kena pakai pakaian ikhram. kalau bukan waktu puncak, insyallah boleh masuk tanpa polis masjid tahan. tapi kalau waktu puncak, tanpa permit umrah mmg polis majid tak bagi kau masuk. tapi boleh je masuk pintu lain. tak de masalah pun. permit umrah senang je dpt. just apply kat eatmarna tu. sehari nak apply 2 kali buat umrah pun boleh. dan masa ayu ni pergi lebih kurang aku kelmarin. lewat sikit la kut drpd aku. kalau solat kat ting 1 dan roof top mmg aman2 sgt. keadaan yang kau tak akan penah alami lagi la lepas ni. solat jarak2. orang tak ramai. gila tenang. rasa nak nangis la kenang balik pengalaman tu. cuma kalau solat kat mataf tu mmg ttp sesak la. dah la asyik kena halau je. sedeyyy.

Quote pittjie 9-3-2022 10:53 AM
KucingBiru replied at 9-3-2022 08:52 AM
Wartawan tak penah pi Umrah, tak boleh bezakan Madinah vs Raudhah.

tak penah pegi umrah pun kalau buat homework .. tak de la bunyi bangang sgt macam ni. dasar wartawan pemalas. hahahha

Quote cik_kaer 9-3-2022 12:31 PM
pittjie replied at 9-3-2022 10:51 AM
tak ada masalah pun nak masuk masjidil haram tu even sebelum penjarakan dimansuhkan balik ni. cuma ...

Maksud reddots tu, masuk kaabah tu salah. Bukan sebarangan org bole masuk ke dalam kaabah tuh, slalu VIP je, tu pon kalau kaabah tu dibukak utk depa masuk. Gituuu.
Masuk dataran/ area mataf tu mmg takde masalah pon - cuma tgk peak hours ke dak je.
Quote pittjie 9-3-2022 01:19 PM
cik_kaer replied at 9-3-2022 12:31 PM
Maksud reddots tu, masuk kaabah tu salah. Bukan sebarangan org bole masuk ke dalam kaabah tuh, sla ...

ya tau. reddots tu perbetulkan wartawan cari tu pun. bukan masuk kaabah tapi masuk masjidil haram. tapi i pun perbetulkan wartawan cari tu. bukan tak boleh masuk masjidil haram pun maksud ayu. sebenarnya susah nak masuk mataf. masuk masjidil haram boleh je.

Quote Incanto 9-3-2022 01:31 PM
terkejut aku baca tajuk

sampai terkutuk dlm hati travel agent mana lah yg buat niaya sampai jemaah takleh masuk Madinah

rupanya wartawan cari punya silap
Quote johan-adx 9-3-2022 01:32 PM
pittjie replied at 9-3-2022 10:53 AM
tak penah pegi umrah pun kalau buat homework .. tak de la bunyi bangang sgt macam ni. dasar wartaw ...

itulah...
contoh mcm tak dapat masuk klcc
tp tajuk tulis tak dapat masuk kuala lumpur
Quote jfq 9-3-2022 01:33 PM
Madinah dgn raudhah pun tatau beza.
Ni mesti wartawan cari non muslim
Quote pittjie 9-3-2022 03:01 PM
johan-adx replied at 9-3-2022 01:32 PM
itulah...
contoh mcm tak dapat masuk klcc
tp tajuk tulis tak dapat masuk kuala lumpur

lebih tepat ... gi klcc .. tak dpt masuk tgv .. tapi tajuk tak dpt masuk KL. hiks

Quote reddots 9-3-2022 07:13 PM
cik_kaer replied at 9-3-2022 12:31 PM
Maksud reddots tu, masuk kaabah tu salah. Bukan sebarangan org bole masuk ke dalam kaabah tuh, sla ...

Aah.. betul tu.. maksud aku nak masuk kaabah bukan sembarang org leh masuk.  Tp tu lah td pagi tak sempat edit post. . Dah tekan edit, tetiba page hilang.

Anyway tq tolong perjelaskan maksud aku td

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.159853 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top