Siapa yang tidak mengenali selebriti terkenal dari negara Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari atau lebih mesra dipanggil BCL? Seperti yang kita semua tahu, suami BCL iaitu Ashraf Sinclair telah pergi menghadap Ilahi pada awal 2020. Pemergian arwah mengejutkan orang ramai dan sehingga ke hari ini kita dapat melihat BCL masih mencuba untuk membiasakan diri tanpa Ashraf dalam kehidupannya. Walaupun begitu, baru-baru ini BCL telah berkongsikan fotonya dengan Reza Rahadia menerusi akaun Instagram miliknya dengan kapsyen yang tertulis, “Happy bday sayaaang” tulis BCL di Instagram story. Dari foto yang dikongsikan itu, jelas kelihatan BCL begitu mesra bersama dengan pelakon Reza Rahadian. Difahamkan, BCL menulis kapsyen itu sempena hari lahir Reza pada 5 Mac yang lalu. Namun, hanya disebabkan kapsyen tersebut, ramai peminat dan netizen yang mengikuti perkembangan BCL terkejut dan ada juga yang keliru kerana perkataan ‘sayang’ yang ditujukan oleh BCL untuk Reza. Mulalah ramai netizen yang gosip bahawa mereka berdua bercinta. Diharapkan semua dapat bertenang kerana BCL dan Reza merupakan kawan baik sejak dari dulu lagi. Bukan itu sahaja, mereka dua juga banyak kali juga BCL digandingkan bersama di dalam filem dan drama. Ternyata, bukan BCL sahaja yang menyambut hari lahir Reza, ramai lagi rakan artis yang turut hadir untuk memeriahkan majlis itu. Menurut anda, normal ke tidak sekiranya kawan baik berlainan jantina menggunakan perkataan 'sayang' itu? - CARI |
chandrahusin replied at 8-3-2022 11:30 AM
Reza bukan gay kah?
lasagna replied at 9-3-2022 09:06 AM
ni yg kecoh kat twitter aritu kan? hihi.
chandrahusin replied at 8-3-2022 11:30 AM
Reza bukan gay kah?
makton replied at 8-3-2022 12:17 PM
aku suka dorang berlakon dlm My Stupid Boss
ADVERTISEMENT