CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Noor Nabila, Ameera Khan Mengaku Tumpang Glamour Neelofa

7-3-2022 05:20 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 20814| Komen: 161|Original author: Saiful

Kejayaan Neelofa dalam dunia seni selama 13 tahun tak dapat dinafikan lagi.

Sampai sekarang Neelofa masih menjadi dambaan ramai dan kekal relevan dan menariknya impak populariti yang dimilikinya tempias kepada  seluruh ahli keluarga, membuatkan mereka semua dikenali ramai dan memiliki pengaruh yang tersendiri di media sosial.


Perkara ini diakui sendiri oleh Noor Nabila dan adiknya, Ameera Khan.


Foto: IG

"Kejayaan Neelofa menjadi satu motivasi kepada kami untuk mencapai kejayaan tersendiri. Kami percaya rezeki adalah berbeza dan Allah bagi bersesuaian dengan kelebihan diri kita sendiri.


"Apa yang paling penting, matlamat untuk setiap apa yang kami buat adalah bagi membanggakan ibu dan bapa kami.




"Saya gembira apabila berpeluang menyaksikan kejayaan Neelofa sehingga hari ini. Dia sudah mencapai satu fasa yang cukup membanggakan dan saya juga menyimpan keinginan untuk berjaya sepertinya satu hari nanti," kata Ameera Khan kepada Harian Metro.

Tambahnya, "Pada awalnya, saya berasa sedikit tertekan, namun atas nasihat dan tunjuk ajar daripada ahli keluarga, saya menerima perubahan ini dengan positif.


Foto: Harian Metro

"Bagi saya perubahan ini adalah satu peluang untuk saya keluar daripada zon selesa dan mencabar diri melakukan perkara baharu. Alhamdulillah, saya rasa selesa dengan diri saya dan harap dapat terus menceburkan diri untuk melakukan lebih banyak benda baharu lagi."

Sementara itu Nabila kata, kejayaan Neelofa sememangnya mengubah kehidupan mereka sekeluarga menjadi lebih baik.

"Saya belajar untuk jadi jujur kepada diri sendiri, selalu merendah diri dan jangan putus asa. Saya percaya ini adalah antara kunci kejayaan penting yang perlu saya pegang untuk terus bergerak maju ke hadapan.




"Sebagai kakak, saya bangga dengan Neelofa. Bukan hanya Neelofa, tapi adik- beradik lain juga belajar banyak perkara. Mereka semua unik dalam cara mereka tersendiri."

"Sememangnya ada tekanan apabila diri kita sering diperhati. Tapi, saya percaya tekanan ini adalah satu perkara yang mesti saya lalui untuk terus maju ke depan. Saya ambil tekanan ini sebagai pengalaman untuk mematangkan diri saya sendiri."

Wah untunglah boleh tumpang glamour Neelofa tak gitu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 7-3-2022 05:21 PM
Pompuan ni bukan artis la sepollllllllll.. cubalah kerja dengan berkah....
Quote ezacbee 7-3-2022 05:25 PM
Wah untunglah boleh tumpang glamour Neelofa tak gitu? -CARI


Jadah untung.. bala.. bala..
Quote makcun14 7-3-2022 05:29 PM
"Membanggakan ibu dan bapa kami" .. bapa yang mana satu tu?
Encik Mohd Noor atau Tok Rebonding ?
Quote Frangapini 7-3-2022 05:34 PM
Nothing’s new, semua org tahu. Article ini skala menguap 9.8/10.
Quote Orix 7-3-2022 05:34 PM
Edited by Orix at 7-3-2022 05:35 PM

define berjaya pls.... i can't see it rather than berjaya menipoooo ummah dari perangai sebenar...
Quote Budakmomok 7-3-2022 05:50 PM
Tahniah dpt tempias rezeki
Quote doubleA 7-3-2022 05:55 PM
Who is lemak? sepol ni benak ke
Quote cupu 7-3-2022 06:55 PM
Yeay..lemak dh berskirt...jap lg blh la ber tupis mcm ariel..barul inspired hijabbbb.gitew..
Quote fadz84 7-3-2022 07:00 PM
Apa kejayaan lopak dlm bidang seni ye? Pernah mng award terbaik ke x kisah la dlm bidang lakonan, pengacaraan...
Quote sarah_ary2 7-3-2022 07:05 PM
Lemak dah ada tik tok sekarang kat dubai ke apa. Kluar date dgn boyfriend baru ke apa ntah
Quote AKAZ85 7-3-2022 07:28 PM
Memang forum cari ni dah kena bayar dek puak2 kardashian kelate ke? 1 orang 1 cerita??? Semak pulak aiii pentaksub budu niiiii
Quote Mulotkoyak 7-3-2022 07:39 PM
Isu sampahhhhh... Anyway adik lofa tuh bertudong ke idok?  Ak confuse. Rase cm prnh hijrah sakai2 ni... Xfhm aku lahai... Tp knape aku nak kne gelabah tekssss ni... Aduhaiiii
Quote anony-mous 7-3-2022 07:45 PM
makcun14 replied at 7-3-2022 05:29 PM
"Membanggakan ibu dan bapa kami" .. bapa yang mana satu tu?
Encik Mohd Noor atau Tok Rebonding ?

Masa nabila n lopa kahwin, sapa jd wali? Mmg berpatah arang dah ke dgn ayh sendiri?
Quote eyansss 7-3-2022 08:55 PM
Kejayaan Neelofa dalam dunia seni selama 13 tahun tak dapat dinafikan lagi.


Sampai sekarang Neelofa masih menjadi dambaan ramai dan kekal relevan dan menariknya impak populariti yang dimilikinya tempias kepada  seluruh ahli keluarga, membuatkan mereka semua dikenali ramai dan memiliki pengaruh yang tersendiri di media sosial.
wowwwwww...  kondipen je statement...  hahaha...
Quote eyansss 7-3-2022 08:57 PM
anony-mous replied at 7-3-2022 07:45 PM
Masa nabila n lopa kahwin, sapa jd wali? Mmg berpatah arang dah ke dgn ayh sendiri?

nabila kalau tak silap atuknya...  lopak adik lelaki dia jadi wali...
Quote eyansss 7-3-2022 08:59 PM
Mulotkoyak replied at 7-3-2022 07:39 PM
Isu sampahhhhh... Anyway adik lofa tuh bertudong ke idok?  Ak confuse. Rase cm prnh hijrah sakai2 ni ...

dua kali hijrah dua kali berpatah balik...  hahahaa...  aku ni tak kisah orang tu pakai tudung ke, nak seksi maut ke...  cuma aku benci orang main2 camni...  ko tak ready lagi nak bertudung, jangan la bertudung...  ni memula pakai tudung, sekali tanggal terus seksi maut sampai nampak segala macam lurah atas bawah belakang segala... tunjuk hampir semua kulit tu...  then bertudung balik...  now acah2 tanggal balik...  memainkan agama betul...
Quote eyansss 7-3-2022 09:00 PM
fadz84 replied at 7-3-2022 07:00 PM
Apa kejayaan lopak dlm bidang seni ye? Pernah mng award terbaik ke x kisah la dlm bidang lakonan, pe ...

kejayaan menang award malatopsss je...
Quote Plain-tif 7-3-2022 09:00 PM
Lain yer muka kat gambar HM dgn ig
Quote bungarose 7-3-2022 09:01 PM
eyansss replied at 7-3-2022 08:59 PM
dua kali hijrah dua kali berpatah balik...  hahahaa...  aku ni tak kisah orang tu pakai tudung ke, ...

Agama sepatutnyer untuk dianuti
Bukan ditunggangi
Maka jadiler cenggituh

Lihat semua komen(161)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.055711 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top