Cepat betul masa berlalu, sudah lebih enam bulan selebriti Ayda Jebat bergelar ibu. Kini, Ayda Jebat fokus menjalankan tanggungjawabnya untuk anak sulungnya iaitu Ana Nayla. Baru-baru ini, Ayda Jebat telah berkongsikan pengalaman yang menakutkan terjadi kepada keluarga di Instagram miliknya. Ayda memberitahu bahawa anaknya Nayla menangis tidak berhenti ketika mereka sekeluarga menginap di sebuah hotel yang terletak di ibu negara di atas tujuan kerja. Menurut Ayda Jebat, anaknya menangis berterusan sehingg suaminya, Nabil Mahir membuat keputusan untuk melaungkan azan namun tidak berkesan. Tambah Ayda, dia memilih bilik besar yang menghubungkan antara dua bilik. Satu bilik untuk Ayda dan suaminya dan satu lagi bilik ialah untuk ibu dan ayah Ayda. Sebaik sahaja mereka memasuki bilik hotel, anaknya terus menangis dan kata Ayda, jika kita mendengar anak menangis, kita dapat tahu bahawa anaknya dalam ketakutan. Macam-macam dilakukan oleh Ayda dan suamimnya termasuklah melaungkan Azan tetapi Nayla masih lagi menangis tanpa henti. Ketika itu, Ayda dan Nabil turut berasa stress dan letih memujuk anak mereka. Katanya, situasi itu membuatkan Ayda Jebat berasa tidak senang hati untuk bekerja kerana anaknya tidak mahu minum susu. Setelah selesai kerjanya kira-kira pukul 12.30 tengah malam, ibu Ayda Jebat memaklumkan bahawa dia terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik Ayda Jebat ke biliknya. Tanpa berfikir panjang, mereka sekeluarga nekad untuk pulang ke rumah pada pukul 2.40 pagi. Tambah Ayda, ketika itu Nayla sudah tidur kerana penat menangis. Tiba-tiba ibunya menarik Ayda dan Nabil pergi ke tepi dan beritahu mereka berdua bilik hotel ini tidak ‘elok’. Ketika Ayda memaklumkan perkara itu kepada kaunter hotel, seorang kakitangan hotel itu beritahu bahawa tingkat yang menempatkan bilik mereka baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup akibat Pandemik COVID-19. Ayda juga mengatakan bahawa pengalaman kali ini adalah satu pengajaran kepada dia dan Nabil untuk sama-sama berhati-hati walau di mana sahaja mereka berada terutama ketika anak mereka ada bersama. -CARI
|
Normabaru: Dia dok hotel mana?majestic ke
Normabaru replied at 7-3-2022 07:27 PM
Ok dh tahu lokasi AJL so speku putra hotel la tu..mmg keras tmpt tu..huhu
anony-mous replied at 7-3-2022 11:46 PM
Hotel putra sunway tu berantu ke?
Normabaru replied at 7-3-2022 09:46 PM
Hotel lama dik..Nama dia dulu lain..pastu closed for few years before sunway beli..rebrand as putr ...
anony-mous replied at 8-3-2022 12:21 AM
Haah dulu nama lain. Alamak, baru tau berantu. Kena masuk dlm list xsangka sbb lepas dah tu ...
dewi_sakura replied at 8-3-2022 12:33 AM
Tanda anak boleh nmpk. Tips kalau g hotel2 especially hotel yg dah lama tinggal...nk lak dkt 2thn by ...
Normabaru replied at 7-3-2022 10:40 PM
Meremang Bulu Roma kaka baca pengalaman ank ko..huhuuu
dewi_sakura replied at 7-3-2022 10:33 PM
Tanda anak boleh nmpk. Tips kalau g hotel2 especially hotel yg dah lama tinggal...nk lak dkt 2thn by ...
ADVERTISEMENT