CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kenapa Marsha Milan Tak Menang Vokal Terbaik? Terpaksa Tahan Batuk Ketika Menyanyi

7-3-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17658| Komen: 183

Jeritan penonton, tidak membantu (markah)."

Itu kata ketua juri di Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36), Datuk Mokhzani Ismail ketika diminta mengulas mengenai vokal penyanyi, Marsha Milan yang tewas kepada Aina Abdul untuk kategori Vokal Terbaik, malam tadi.


Mokhzani berkata, markah antara dua penyanyi itu sangat rapat.



"Antara Aina dengan Marsha, perbezaan markah mereka sangat tipis. Tapi, kita (juri) menilai dari semua sudut nyanyian.

"Walaupun ramai penonton menjerit, tapi telinga kami lebih peka dengan teknik nyanyian. Terima kasih juga kepada Datuk Syafinaz Selamat yang banyak membantu dari sudut itu," katanya kepada Harian Metro.


"Ia bukan sekadar melontar vokal, tapi lebih luas dari itu. Tidak syak lagi, hampir semua penyanyi sudah memberikan persembahan terbaik. Contohnya, Khai Bahar dan Aina, mereka adalah pasangan yang serasi. Harmoni mereka sangat sebati dan terasa di jiwa. Namun, apabila kita nilai dari semua sudut, untuk vokal terbaik ia berpihak kepada Aina dan sedikit lebihan markah daripada Marsha," katanya.

Aina yang menang kategori itu menerusi lagu Sepi ciptaannya sendiri berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000 serta trofi.

Marsha Milan yang memukau penonton dengan vokalnya ketika menyampaikan lagu Cinta di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) semalam sebenarnya berdepan masalah batuk kesan jangkitan Covid-19 yang dialaminya sebelum ini.

Marsha yang juga masih dalam proses pemulihan daripada Covid-19 berkata, masalah batuk itu sedikit-sebanyak mengganggu tumpuannya.

"Kalau diikutkan, saya kurang berpuas hati dengan persembahan saya sebab saya menahan batuk. Dalam banyak-banyak malam, malam ini (semalam) saya diduga dengan batuk ini.

"Sewaktu membuat persembahan, tiba-tiba pula tekak rasa gatal. Apapun, semuanya sudah ditentukan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Marsha, persiapannya menuju AJL36 bukanlah satu perjalanan mudah.

"Masya-Allah, banyak ujian sepanjang persiapan untuk AJL36 ini. Ketika pembikinan, lagu ini pernah hilang dari sistem komputer.

"Namun, saya minta lagu ini disusun semula dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Memang ada ujian lain juga dari sudut kesihatan.

"Saya cuba berikan yang terbaik sehingga 200 peratus untuk menunjukkan kerja keras saya selama 16 tahun," katanya.

Lagu Cinta ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik berjaya menduduki tempat kedua yang membolehkan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi.

Menggunakan elemen air sebagai konsep persembahannya, Marsha berjaya memukau penonton dengan vokal mantapnya ketika melantunkan lagu itu. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninnamina 7-3-2022 01:15 PM
marsha all out gila suara dia sampai iols confuse dia nyanyi ke menjerit ke, atau mic dia tu memang powerful
Quote kiah_mai_pulak 7-3-2022 01:23 PM
try hard sgt nak menang vokal.. dari menyanyi kpd menjerittttttt mcm kena tinggal laki
Quote Normabaru 7-3-2022 01:24 PM
Dik qimipropa Pon tahan batuk time perform lg dgn baju putih
Quote idril 7-3-2022 01:26 PM
vocal mmg aina berhak kot
Quote makadek 7-3-2022 01:31 PM
Dia lbh menjerit dr aina sekian
Nk g mashak
Quote Hoola 7-3-2022 01:41 PM
Edited by Hoola at 7-3-2022 01:43 PM

Tgk ajl semlm, achik rs penat
Semua tarik tinggi melangit
Faktor penuaan mungkin
#koyangnanyiachikyangpenat
Quote Thunderclouds 7-3-2022 01:47 PM
Punya la xtgk tv smpi tatau AJL mlm td. Kol 12 bkk porum br perasan ada tered 100++pages pasal ajl36. Mujoq ada live kt yt buleh ulang tgk sambil skip2 time depa promot sponsor. Tahniah kt marsha dpt no2, dr segi vokal aina deserved the win.
Quote hijau88 7-3-2022 01:48 PM
Antara persembhn yg memorable. Tahniah marsha menang no 2 n psembhn terbaik. N ofcoz to stacy n akim. Finally yach stacy. Setelah sekian lama. Ada jgk dpt award dr ajl. Congrats.
Quote TeropongThaico 7-3-2022 01:55 PM
Ada ajl ke semalam. Jab lagi nak tengok la
Quote messymimi 7-3-2022 01:59 PM
Lagu sesuai dengan vokal marsha u go girl!
Quote AshkieLa 7-3-2022 01:59 PM
setuju je dia tak dapat best vokal..
boring je asyik nak kena jerit2 utk tunjuk suara 'power' lately...
padahal Tan Sri P Ramlee, Saloma, Ahmad Jais otai2 semua..
lebih tumpu pada kemerduan... tak perlu jerit2 pun legend...
btw suara Tok Awie semalam lagi padu drpd 12 peserta.

p/s : Hafiz Suip, tolong ade lagu best2 balik utk next AJL...
Quote Suchi 7-3-2022 01:59 PM
Marsha agak menjerit sehingga tak paham apa dia sebut.
Kena ingat tok pinaz ada menjuri sekali biasa bab vokal ni kena soothing je tak terlalu mencoba.
Quote anony-mous 7-3-2022 02:04 PM
AshkieLa replied at 7-3-2022 01:59 PM
setuju je dia tak dapat best vokal..
boring je asyik nak kena jerit2 utk tunjuk suara 'power' lately ...

I pon rindu hafiz suip sbb suara heols lemak merdu sungguh
Quote mesmerize 7-3-2022 02:07 PM
mmg ada kureng sikit marsha malam tadi.. walaupun tinggi tapi tak sedap.. best lagi dia nyanyi masa semi final, lagi macam2 vokal akrobatik dia buat.. n semua menjadi.. malam tadi macam sengau sikit pun ada.. n aina abdul mmg layak vokal terbaik..
Quote dua_chzy 7-3-2022 02:21 PM
Hauk nak mampus kot sheol nyanyi. Pekak ka yang mahu sheol menang?
Quote ardy 7-3-2022 02:26 PM
Sampai skrg aku tak faham org cakap marsha boleh menang vokal... tu menjerit pada aku. dan zaman tarik-tarik ni dh lama berlalu. vokal bukan sape boleh tarik tinggi dah...
Quote supernaturalee 7-3-2022 02:28 PM
mesmerize replied at 7-3-2022 02:07 PM
mmg ada kureng sikit marsha malam tadi.. walaupun tinggi tapi tak sedap.. best lagi dia nyanyi masa  ...

Setuju
Klu ada kategori vokal terbaik kt sfmm confirmed sheols will be the winner

Last night best je
Cuma tu lh x ckup smooth
Yet still 1 hell ya acrobatics vocal performance

Quote wordlife 7-3-2022 02:39 PM
Oranh kita kan suka penyanyi yang jerit jerit tinggi melangit, terus best vocal!!!!  Aku ingat Aina menang Vokal dengan Khai Bahar sekali Sepi pulak.

Nafas Cinta tu dpt no 4 untuk lagu dan no 3 untuk vokal. Salahku pon missed top3 placing dapat no 5. Sepi, Boneka & Intan Payung yang disebut2 terus out
Quote yusrimau 7-3-2022 02:44 PM
Selayaknya Vokal Terbaik milik Aina. Kalau Aina pkai busana yg lebih selesa, mesti lagi mantap!

Lihat semua komen(183)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.133793 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top