CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Safwan Nazri Rasa Janggal Serumah Dengan Isteri

7-3-2022 10:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6826| Komen: 60

Selamat bergelar suami pada Jumaat lalu, pelakon Safwan Nazri mengakui masih berasa janggal dengan status baharu itu.

Biarpun sudah mengenali wanita itu selama sembilan tahun, Safwan, 28, memberitahu perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta.


Foto: IG

“Rasa pelik juga sekarang ini ada isteri apabila bangun tidur dan tinggal bersama.

“Kami dah kenal selama sembilan tahun. Walau sudah tahu perangai masing-masing, tetapi perasaan selepas bernikah seperti baru bercinta.

“Pernikahan ini adalah satu tanggungjawab besar buat saya selepas ini sebagai seorang suami,” katanya ketika dihubungi mStar.




Safwan dinikahkan dengan kakitangan kerajaan Fathin Nur Amalina di sebuah dewan di Kuala Lumpur.

Pada majlis itu, Safwan memberi mas kahwin bernilai RM1,001 dan hantaran sebanyak RM20,000.

Sementara itu, Safwan turut memberitahu isterinya juga terkejut apabila jumlah pengikut di media sosial meningkat selepas berkahwin.



“Isteri saya berkhidmat sebagai seorang kakitangan kerajaan. Jadi dia tidak biasa dengan dunia glamor dan terkejut apabila pengikut di Instagram meningkat selepas kami berkahwin.

“Bagaimanapun dia sudah faham bagaimana cara kerja seorang pelakon seperti jadual yang tidak menentu dan balik kerja lewat malam.

“Sebab itu juga saya memilih dia sebagai isteri kerana dia sangat memahami dan memberi sokongan untuk saya terus berlakon,” ujarnya.



Bercakap tentang perancangan keluarga, pasangan ini tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.

Selain itu, pelakon drama Halim Halima ini merancang untuk berbulan madu di Pulau Langkawi.  -CARI




Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 7-3-2022 10:24 AM
Main tk janggal kew
Quote missbigrockstar 7-3-2022 10:26 AM
Muka seiras mcm 2 beradik.
Quote Kepot 7-3-2022 10:27 AM
Mula kawem janggal esok lak tkejut tgk ada pmpn kat sebelah hahaahahhahaha
Quote Kancilkering 7-3-2022 10:30 AM
dia ni pelakon ke insta femes?
Quote innocentsangat 7-3-2022 11:06 AM
Wife dia bukan instafamous jgk?
Quote ezacbee 7-3-2022 11:09 AM
Ooo pelakon rupanya
Quote Suriyani123 7-3-2022 11:26 AM
9 tahun kenal perangai masing2 but trust me, lepas ko akad, hubungan ko kembali ke fasa baru kenal.... ape2 pon tahniah ler
Quote 3chanceno 7-3-2022 11:29 AM
Ok baru tahu dia pelakon
Quote princessmiang 7-3-2022 11:29 AM
Ko siapa lehnet????
Quote 3chanceno 7-3-2022 11:34 AM
Kepot replied at 7-3-2022 10:27 AM
Mula kawem janggal esok lak tkejut tgk ada pmpn kat sebelah hahaahahhahaha

Tu para 3 dia cakap rasa pelik bangun ada wifey & tinggal sebilik

Tak kira eh retis laki atau pompuan, lepas kawin je mesti upload gambar dgn caption yang no brainer
Quote iznanaziz 7-3-2022 11:43 AM
Kancilkering replied at 7-3-2022 10:30 AM
dia ni pelakon ke insta femes?

kan...tak kenal pun
Quote dejure 7-3-2022 11:50 AM
Rasa janggal sbb 'kerang' ke?
Quote awenda507 7-3-2022 11:58 AM
selamat pengantin baru. sori iols tak kenal sapa ni
Quote princessmiang 7-3-2022 01:01 PM
Bini dia ptd dkt KLN kan
Quote cmf_premierleag 7-3-2022 01:02 PM
Huntungla dpt acik gomen
Quote Orix 7-3-2022 01:06 PM
knp mcm ada vibe roslan shah eh ?
Quote slyfynx 7-3-2022 01:19 PM
Sape ntah die ni?
Hahahaha
Adui la.
Quote Kurex 7-3-2022 01:19 PM
Tak kenal tapo tahniah. Again, tak kenal
Quote LoveSungmin 7-3-2022 01:23 PM
sampah sarap betul

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.182543 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top