Bulan lalu, pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi sekeping gambar dirinya dalam pakaian jaket sejuk berwarna kuning dipadankan dengan skirt pendek jingga serta bag tangan dan but paras lutut berwarna putih melengkapi penampilannya.
Dengan gaya pemakaian yang sama, Janna memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya berjalan menuju ke arah kamera dengan latar muzik lagu baharunya berjudul Gatal.
Kali ini, muat naik berkenaan seolah-olah membuka peluang kepada pengguna TikTok untuk memperkatakan mengenai pahanya yang terdedah.
Kebanyakan komen sama ada daripada perempuan mahu pun lelaki, hampir kesemuanya mengaitkan dengan saiz atau berat badan.
Bagaimanapun, ada juga segelintir yang mendoakan agar suatu hari nanti Janna akan berubah ke arah yang lebih baik terutama bab menutup aurat.
Netizen turut membangkitkan kembali kenyataan Janna pada 2017 yang enggan memakai skirt pendek atau gaun seksi kerana tidak sesuai dengan imejnya.
Perkara itu menyebabkan timbulnya salah faham di antara Janna dan pereka fesyen yang bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk sesi fotografi yang dihadirinya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
haah la.. peha dia bergegar..
i ingatkan netizen main-main je
anyway badan beliau memang dah naik kan..
muka pun dah jadi bulat..
macam mak orang sangat..
Sheolls ni menjadi2 badan naik. Tegur kang mesti depress manjanggg.... Elok di cover peha kau tu dik. Kalau body saing2 KimK, duduk dekat Hollywood tu, takde sape kesah..