CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peminat Fanatik TikToker Muncul Depan Pintu Rumah Dengan Senapang Patah

7-3-2022 07:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1133| Komen: 1

Keghairahan seorang remaja bermain TikTok sejak berusia 13 tahun mengundang peminat fanatik yang tiba-tiba muncul depan pintu rumahnya dengan senapang patah.

The New York Times melaporkan, Ava Majury memuat turun aplikasi itu ketika berusia 13 tahun dan pada kemuncak pandemik setahun lalu, dia mempunyai lebih sejuta pengikut.


Kredit foto: New York Times

Difahamkan, hampir tiga perempat peminatnya terdiri daripada lelaki yang taasub dengannya.

Pada awal 2020, Ava menyedari seorang peminat, EricJustin111 cuba menarik perhatiannya dalam komen di TikTok.


Dia menghantar mesej kepadanya dalam Snapchat dan Instagram serta muncul dalam permainan dalam talian bersama abangnya.

Bagaimanapun, pada 10 Julai lalu, peminat fanatiknya, Eric Rohan Justin, 18, dari Ellicott City, Maryland muncul dengan senapang patah di rumahnya di Naples yang kebetulan dia membuka pintu depan.

Ava bernasib baik kerana senapang patah lelaki itu tersekat menyebabkan bapa Ava, Rob Majury, seorang leftenan polis bersara mengejarnya, tetapi terjatuh.


Ava dan bapanya

Rob memberitahu pegawai sherif Collier County sebaik kembali ke rumah, dia mengambil pistolnya dan berkawal di pintu depan dan hanya untuk melihat lelaki bersenjata itu kembali tidak lama kemudian.

Menjelang matahari terbit, Justin terbaring hampir mati ditembak Rob.




Dalam temu bual dengan The New York Times, keluarga itu bercakap buat kali pertama mengenai pengalaman pahit sisi gelap platform media sosial yang disukai oleh berjuta-juta kanak-kanak.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 7-3-2022 08:04 AM
google tadi umur dia baru 15 tahun,ingatkan dah 20 lebih.
nampak mature

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.104622 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top